MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 12 Oktober 2015

Majlis sambutan birthday ke3 Adli

Alhamdulillah. Impian umie nak adakan majlis birthday Adli ke3 telah berjalan dengan lancarnya pada 10.10.2015 lepas. Kami buat sederhana je. Sebenarnya lea berkongsi bersama ibunya Hanzalah yang birthday sama dengan Adli 07.10 tapi lain-lain tahun. Kedua-duanya akak ipar lea yang jaga.

Persiapan telah diadakan sehari sebelum. Untuk menu utamanya mi kari, mihun goreng dan nais goreng akak ipar dan mak Hanzalah yang buat. Untuk kek birthday dan menu-menu sampingan lea yang buat. Lea cuti pada 09.10 lepas. Semangat tu..macam kenduri kahwin anak pulak.
Hias menghias kami buat pada semalam sebelum. Simple je. Habis langsir akak ipar kami buat backdropnya. Asalkan banyak belon. Tu yang buat meriahnya. Adli je rasanya dekat 10 biji dia pecahkan malam tu.
Mak-mak budak nak bergambar dulu.

Lea buat dekat rumah akak ipar sebab ramai kawan-kawan Adli dekat situ. Budak-budak pun ramai. Tu pun yang memeriahkan dan yang buat seronok kan. Budak-budak yang seronok. Mak budak tumpeng seronok. Hehehe.



Naper tu abah? Bergambar di sebalik tiang 

Adli..seronok betul dia hari tu. Punya exited nak potong kek sampai baju kotor habis. 


Adli dengan maknya hanzalah. Adli ni umie ada, ibu ada, mak pun ada. Umie lealah kan. Ibu pula kak ipar lea. Mak pulak mak si hanzalah. Abah dan ayah pun ada. 
Alhamdulillah. Bersyukur sebab tetamu pun ramai yang datang. Terima  kasih buat akak ipar yang sudi pinjamkan rumah, mak hanzalah sebab berkongsi  sambutan ini, anak-anak buah yang banyak membantu makcu dan suami tersayang yang bagi bantuan dan sokongan penuh untuk penuhi impian lea. 





Lea tinggalkan korang dengan gambar birthday boy yang snagat-sangat seronok hari tu. Merdeka ye Adli. Takpe umie bagi peluang.








8 ulasan:

  1. Alhamdulillah... lega terasa kan Lea bila semua yg dihajatkan sudah terlaksana dengan lancar. Adli, Hanzalah yg diraikan pun sihat dan ceria itu yg diharapkan. Semua yg hadir pun puas..

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir adli...moga jadi anak soleh...amin..

    Wah meriahnya..besar betul kek adli

    BalasPadam
  3. wah meriahnya..besday boy pun happy je ye..

    BalasPadam
  4. Nampak muka happy adli sambit harijadi..tema upin ipin ke namanya ni..cantik keknya..meriah la dh buat dua sekali..tetamunya dr kedua2 belah pihak maunya tak ramai

    BalasPadam
  5. wahhh meriah nye ...happy birthday adli ....

    BalasPadam
  6. As-salam Lea,

    Wah.. meriahnya majlis.. Penuh belon.. birthday boy pun sangat2 comel..

    BalasPadam
  7. eh....sederhana apanya. memang besar-besaran dah tuh. huhuhu

    BalasPadam
  8. Untunglah Adli ramai mak. Ramai yg sayang tau!
    Hepy Bezday Adli, moga jadi anak yg soleh....
    Dapat banyak hadiah tak?

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.