MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 7 Oktober 2015

Adli 3 tahun dah hari ni

Assalammualaikum.

Alhamdulillah 7 Oktober 2015 genaplah umur hero kecik saya 3 tahun. Tapi kalau tengok orangnya semua ingat dia dah 5 tahun.

Adli sekarang……

Sangat pandai bercakap. Kadang-kadang tu pandai menjawab apa yang abah dan umie cakap bila marahkan dia. Kadang-kadang tu mengomel sendirian untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Pandai nyanyi dah. Lagu ABC, 1,2,3 dan Alif, Ba, Ta ok dah dia nyanyi walaupun kadang-kadang melangkau jugak. Azan pulak alhamdulillah. Walaupun sebutan yang belum sempurna tapi dia boleh azan dengan penuh. Lagu tema hari kemerdekaan tahun ni Sehati Sejiwa pun dia suka.  Lagu kegemaran Adli…cuba teka? Mula-mula terkejut juga. Dalam kereta dia boleh layan lagu ni tapi sebut yang hujung-hujung je. Ada juga perkataan penuh. Tahu lagu apa ? Mewangi dan Potret Kasih dari Akim. Adui. Jiwang juga anak lea ni. Ada juga dia ikut abah. Suka layan lagu jiwang-jiwang.

Dekat rumah… Umie kemas dia sepah. Umie kemas dia sepah. Kadang-kadang tak lalu dah umie kemas. Kadang-kadang dia pun pandai nak ambik hati umie dia tolong kemaskan. Seorang yang rajin kalau kita minta tolong. Buang sampah, kutip sampah dan kalau lea letakkan kain yang nak disidai ke dalam bakul  tugas Adli akan tolak bakul ke balkoni. Sebelum nak tolak mesti dia akan tanya dah umie?

Makan….kalau ada lauk yang dia suka mesti dia sendiri minta nasi. Lauk yang dia suka. Ayam masak kicap, ikan goreng, telur dadar dan kari. Habis jugaklah sepinggan nasi. Kalau tak kena paksa dia makan.

Adli ni betul-betul mesra alam. Macam abahnya. Umie ni pendiam sikit. Pergi mana-mana dia senang dapat kawan dan berkawan. Biarlah sampai bila-bila Adli. Tapi dalam berkawan kena berpada. Ada kawan yang boleh bersama dalam senang kita sahaja. Biarlah cari kawan yang boleh di dalam senang dan susah kita. Ingat tu pesan umie Adli.

Adli….
Selamat Hari Jadi Sayang. Umie doakan semoga anak umie ni sihat-sihat selalu, membesar dengan sihat, mendengar cakap umie dan abah, sentiasa hormat orang yang lebih tua dan menjadi anak yang soleh.

Lea tinggalkan korang dengan koleksi gambar-gambar Adli dan video ucapan Adli sempena Birthdaynya yang ke3 tahun.










8 ulasan:

  1. Happy birthday hensem Adli... moga membesar jadi anak yg soleh..berjaya dunia akhirat...amin...:)

    BalasPadam
  2. Allahamdulillah....

    adli membesar dgn bijak dan sihat....selamat hari lahir adli...moga jadi anak yg sihat, bijak dan soleh....membanggakan ibu dan ayah ...amin...

    bagusnye adli lea suke makan kari...pandai die makan pedas kan.....

    BalasPadam
  3. Adli mmg nampak dah matang macam umur 4 tahun ++...macam anak saya yg 4 tahun umurnya sekarang ni...:)

    bagus perkembangan Adli...dah boleh hafal simple ABC, alif ba ta..tolong buang sampah...OK tu....hihih

    happy birthday Adli

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir Adli..
    Semoga menjadi anak yg soleh..

    BalasPadam
  5. eppy bday adli.... moga jd anak yg soleh n berjaya yek....
    tp adli nmpak matang lg dr usia dia

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah....semoga terus membesar dengan sihat dan dapat menggembirakan hati ibu & ayah

    BalasPadam
  7. Happy birthday Adli.Alhamdulillah membeaar aihat serdas bijak dan aktif..dh boleh bagi adik ni kt adli umi oii.hehehe

    BalasPadam
  8. CT jalan2 follow sini.. ehehe..
    atototo cepat besar yee.. happy belated birthday =)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.