MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 16 Mei 2015

Istimewa buat kamu wahai lilin.....



Assalamualaikum semua.Apa khabar hari ni. Semoga sihat semuanya.Selamat bercuti bagi yang bercuti.

Sempena hari guru ni lea nak ucapkan Selamat hari guru buat buat semua mereka yang bergelar guru di seluruh Malaysia dan istimewa buat guru yang telah mengajar lea di Tabika KEMAS Kampung Tupong Tengah pada tahun 1987, di SRB Rakyat Tupong pada 1988 hingga 1993 dan SMK Petra Jaya pada tahun 1994 hingga tahun 1998. Lea tidak berpeluang untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi tetapi alhamdulillah rezeki lea mendapat kerja di dalam sektor kerajaan di akhir tahun 1999 ketika usia 18 tahun lebih.Alhamdulillah hampir 16 tahun sudah memegang jawatan sebagai penjawat awam.

Dulu cita-cita lea nak jadi cikgu kononnya. Isilah borang nak masuk maktab.Tapi x lepas.Takde tokoh nak jadi cikgu kot. Tapi sesungguhnya Allah punyai rancangan terbaik untuk kita umatnya dan lea bersyukur dengan segalanya kini.

Bagi lea tugas guru adalah tugas yang sangat mulia. Dari merekalah lea kenal apa itu a b c. .1 2 3, mengeja,  mengira dan menulis.Seawal pagi mereka memulakan tugas dan kadang-kadang berakhir lewat petang.Kadang-kadang hari cuti pun kena ke sekolah jugak.Belum lagi menyemak buku dan membuat persediaan mengajar. Tapi semua itu akan terbalas dengan kepuasan bila anak didik mereka berjaya. 

Terima kasih cikgu.


4 ulasan:

  1. Asalamualaikum lea ..selamat pagi...singgah jup disini :-))

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik
    Tanpa didikan mereka kita pasti tak berblog kan Lea (sebab tak pandai membaca)

    BalasPadam
  3. Jasa guru tak terbalas oleh kita.. selamat hari guru buat semua cikgu2 kita. .

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.