MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 2 April 2015

Ikan terubuk RM2

Gambar ni makcik lea dekat Sarawak hantar dekat group whatsup. RM 2 seekor. Bukan sekilo.Tanya dia betul ke ni. Dia cakap gambar ni dah sampai kat daerah lain. Kalau kat tempat asal 70 sen je seekor.Adui...kalaulah dekat sini murah macam ni alangkah indahnya dunia. Terubuk local pulak tu. Kalau bakar mesti sedap ni.Dengan lemaknya. Cicah dengan sambal kicap. 

Tapi dekat Kuching kalau musim murah memang murah sangat-sangat. Memang tengah banyak kan. Pernah sekali suami jumpa udang harimau cuma RM17 sekilo. Mintak kurang dapat RM15 sekilo. Berkilo-kilolah jawabnya beli. Siap frozenkan bawa balik semenanjung. Tapi masa tu kan boleh pulak masa balik kotak udang tertinggal di airport Kuching. Risau juga kan karang busuk ke apa. Pihak Air Asia akan hantar ke alamat kita sekiranya kotak tu dah sampai. Esoknya baru mereka hantar kotak udang tu dekat ofis lea. Yang bestnya udang masih beku berais lagi. Alhamdulillah. Terus balik rumahlah letak dalam peti sejuk. 

Hari selasa punya cerita. Pasal murah juga ni. Lea pergi Pasar Borong Selangor nak beli lauk pauk yang dah licin dalam peti sejuk. Singgah dekat kedai satu kedai ni sebab dia jual sotong murah. RM10 sekilo. Kedai lain dalam RM13-RM14 sekilo. Tengok pun dia punya ikan-ikan semua tinggal sikit dah. Sotong pun dalam 2 1/2 kilo je yang tinggal. Lea ambik sekilo kakak ipar ambik yang selebihnya. Dah tu sambil lea tunggu dia siang ikan lea tertengok satu bakul ketam. Dalam tu adalah 5 ekor. Dia tanya lea nak tak. Lea cakap tak nak sebab banyak dah beli. Dia cakap saya bagi murah je kak. Berapa lea tanya. Dia pun timbang. Dalam 2 kilo lebih dekat nak 3 kilo. Dah tu dia cakap lagi, ni dekat 3 kilo ni takpelah kak. Bakul terkahir saya bagi akak RM10 je. Akak ni pun cakap lagi nak murah lagi. Dia cakap oklah kak. RM9.Lastnya lea cakap RM8.Dia tengok lea....lastnya dia cakap oklah kak. :-) senyum sampai ke telinga lea. 5 ekor ketam yang agak besar, banyak isi hanya untuk RM8 sahaja.





5 ulasan:

  1. Salam. Hee sekarang dh ada GST semuanya kita nak murah mak kann. ;p

    BalasPadam
  2. hahahaha....murah nya. mesti seronok memborong barang2 basah nie. kalo lah kat sini dapat harga cam gitu... perghhhh

    BalasPadam
  3. yan pencinta terubuk...kalau kat cini harga macam tu memang yan rembat 10 ekor...bakar cicah air asam...perh terliur terliur.... :-))

    BalasPadam
  4. Saya ingatkan RM2 seekor tu dah murah, rupa rupanya boleh dapat 70 sen je seekor? wowwww..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.