MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 3 April 2015

Alhamdulillah...bersambung dengan sempurna akhirnya



Alhamdulillah. Dihari Jumaat ini lea nak cerita pasal suami yang patah tangan.Hampir setahun suami patah tangan akhirnya tulang telah bersambung juga. Risau sebenarnya. Suami patah tangan pada Mei tahun lepas. Kalau nak tau ceritanya boleh klik kat sini suami masuk hospital patah tangan . Bulan 9 ada temujanji di Hospital Putrajaya. Time tu rasa down juga sebab doktor cakap tulang tak sambung lagi. Kalau macam ni suami kena jalani pembedahan nak ambik tulang dekat pinggul katanya. Susah hati dah fikir masa tu. Yelah suami patah tangan pun lea rasa susah bagi dia.Lagilah kalau tulang dekat pinggul tadi. Tapi alhamdulillah.Pada temujanji pada bulan Disember hari tu ada perubahan positif. Tulang tangan dah tumbuh juga walaupun sedikit. Doktor bagi masa sampai 31 Mac lepas. Alhamdulillah. Tulang tangan yang patah telah bersambung dengan eloknya.Cuma ada sedikit lagi yang tak bersambung.  Lega sangat rasanya. Tapi doktor pesan tak boleh nak angkat benda-benda berat lagi. Bersyukur sangat.


5 ulasan:

  1. Salam Jumaat..singgah sini terus follow..semoga suami cepat pulih..:)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semoga suami Mona cepat sembuh .. Amin

    BalasPadam
  3. Syukurlah Mon. Manalah hati tak susah kalau kena operate tempat lain pulak. Ambil sikit masa lagi. Jagalah jgn angkat berat macam pesan doktor tu.. moga terus beransur sembuh.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, hope hb ktk cepat sembuh kak. bingung mun sapa2 masok hospital, lbh2 lagik mun ahli keluarga kita. hope ahli keluarga kita sentiasa dilindungi olehNya n dlm keadaan sihat walafiat

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.