MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 5 Mac 2015

Semangat masak dan bawa bekal.......

Assalammualaikum semua.

Hari Khamis dah kan. Esok Jumaat. Lusa Sabtu dan cuti... Tapi lea tak cuti pun. Kena OT sebab ada benda nak kena buat juga. Nak buat waktu kerja memang tak sempat . Nak kena angkat barang. Nak kena susun barang. Takpelah. Bos dah bagi arahan untuk OT. Kita OT jelah kan. Tak claim duit kita claim cuti.

Dalam minggu ni jadi keseronokan pulak untuk bangun awal dan buat bekal untuk sarapan pagi dan tengah hari. Suami pun nak bekal jugak. Tapi yang terlebih seronok Adli pun nak bekal. Siap ambil bekas makanan yang bentuk katak tu dan cakap “ Umie..nak jugak. Dah lea letak dalam bekas, lea tutupkan bekas dia sendiri yang akan letak dalam beg bekal dia. Pengasuh bagi tahu sampai-sampai rumah pengasuh dia terus makan bekal dah tu cakap dengan pengasuh “ mmmmm..ibu …dap”.. hehehe. Adli panggil pengasuh ibu. Seronok lea dengar.

Suami pulak kawan-kawan dia cakap untung dia ada orang nak masak pagi-pagi. Dah ada dah dua tiga kawannya pun bekal sama. Hehehehe.Berbunga-bunga rasa hati tau. J  Penat sebenarnya nak bangun pagi-pagi dan masak. Tapi bila memikirkan banyak kebaikannya bekal sendiri tu yang buat lagi semangat tu. Lea dekat cafe pejabat kalau beli sarapan pagi dekat kafe paling minimum ialah RM5 termasuk air. Tu belum campur makan tengah hari lagi. Tu yang kuatkan semangat masak sendiri tu.


Hari ni lea tak bekal sarapan sebab bos nak belanja pagi ni. Alhamdulillah. Murah rezeki bos. Oklah. Korang layanlah bekal2 kami minggu ni. Masak yang simple2 je pun. 







  


Jika suka entry ini like ye

2 ulasan:

  1. Cepat jak masa berlalu sis ow. kejap dah dah khamis. esok jumaat...tulat yayyy weekend. dpt bgn ngando sikit. hehehee

    by the way...sandwich ya nyemmm

    BalasPadam
  2. aduhla rajin nyer.... walaupun simple tp bagus kan...
    dana pun nk mule bt bekal jgk lah.. jimat duit sapan, cafe sini kadang hari2 asik makanan samaaaaa je

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.