MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 6 Mac 2015

Kuih lama dan kuih baru



Pagi tadi menjengahlah sekejap kafe dekat pejabat. Ternampaklah kuih seri muka dan talam suji. Keduanya kegemaran lea. Jadinya belilah jugak. 0.40 sen satu. Beli 4 RM2. Dua talam suji dan tiga seri muka.


Seri mukanya sangat-sangat sedap. Dengan rasa lemak manis lapisan hijaunya. Dan rasa lemak pulutnya. Pejam-pejam mata makan. Tapi talam sujinya sangat-sangat mendukacitakan. Frust menonggeng sebab tak sedap. Seronokkan kalau mereka yang boleh buat kuih-kuih tradisional begini. Lea akui lea memang tak reti nak buat. Pernah membuatnya tetap tak pernah menjadi. Kuih yang lea teringin sangat-sangat nak makan dan nak buat  ialah talam berlauk yang macam dijual dekat Kuching. Ada udang keringnya. Ada cilinya. Ada keladinya. Memang nikmatlah makan. Dah dapat dah resepi nak membuatnya. Tapi tak buat-buat pun.Tengok resepi mudah jugalah prosesnya.Tapi tak mempunyai kekuatan lagi untuk membuatnya. Yang dibuat brownies coklat. Kuih sekarang. Senang sangat-sangat pun nak membuatnya.

Brownies ni juga yang dibuat. 



Kuih-kuih tradisional ni kena ada pewarisnya jugaklah kan. Yang reti membuatnya. Kalau takde Lea takut suatu hari nanti talam suji, seri muka, bingka ubi, badak berendam, pulut pangang dan macam-macam lagi hanya tinggal nama je. Lagipun sekarang kita banyak didedahkan dengan kek-kek moden yang pelbagai jenis yang mengikut trend jugaah sekarang seperti Red Velvet, Macaroons, Cup Cakes yang pelbagai bentuk yang lea tabiklah dengan orang yang sangat sangat kreatif membuatnya. 

Kuih tradisional dan kuih moden. Dua-dua sedap dan dua-dua juga ada senang dan susah membuatnya. Jadinya bagi yang muda-muda ni (termasuklah diri sendiri) ambiklah peluang untuk belajar kuih-kuih lama dengan orang lama. Kuih moden ni bila-bila masa rasanya boleh belajar. Jika mereka yang lama dah tak ada lagi, takut kuih-kuih lama ni hanya tinggal nama.

Korang suka kuih apa?


Jika suka entry ini like ye

2 ulasan:

  1. hehehe...samalah entri kita pagi nie pasal kueh

    BalasPadam
  2. betol cc..org zmn skg lbh knl mknan moden yg dibwk dr ngara luar..tp mknan tradisi lah yg plg trbaik.tmbah lg 1, bdak2 zmn skg sgt truja bila tgk ayam hidup..ksian dorang, slalu nmpak ayam yg dah disembelih je kan..jgn plak 1 ari nnti dorang tak kenal binatang dah le..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.