MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 18 Mac 2015

Bila En. Sham ke dapur

 Selamat pagi semua.

En. Sham ni pandai masak dan lagi pandai masak dari isterinya ni. Tapi bila dah si isteri agak pandai juga memasak jadi En. Sham dah tak nak ke dapur. Ke dapur pun tukang tolong basuh-basuh apa yang ada dekat sinki. 

Alkisahnya pagi semalam, si isteri macam biasa bangun jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan dan bekal untuk hari tu. Masuk je dapur En. Sham dengan skillnya memasak nasi goreng. Kalau dia dah masuk dapur, faham-faham jelah. Apa yang ada dalam peti ais dimasuknya. Ayam, ikan tenggiri masin, cili, carrot, kobis macam-macamlah. Tengahari whatsup tanya sedap ke nasi goreng. Siap tanya tu. Hahaha. Si isteri ni menjawablah. Ayang tak makan lagi. Pagi tadi ayang makan roti je. Jap lagi time lunch ayang makan . Bila dah makan memang sedaplah. Cukup rasa masinnya. Sesuai dengan tekak lea.


Lea suka beli roti dekat d'Oven di Tesco Bukit Puchong. Dah macam-macam jenis roti yang lea beli tapi lea paling suka yang dekat bawah ni. Rasa cheesenya sangat-sangat lembut. Rotinya pun lembut juga. Adli pun suka makan. Bilalah umienya ni nak belajar buat roti sendiri..... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.