MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 23 Mac 2015

Bekerja sampai pencen

Tertarik dengan ungkapan di atas. Memang tidak dinafikan sekiranya kita betul-betul menumpukan perhatian kita pada tugas yang diarahkan, kita tak akan ingat akan masalah yang kita sedang hadapi. Masa pun rasa terlalu cepat berlalu. Kalau kita buat main-main  mak aiii...lama betul nak sampai jam 5 ni. Nak balik. Betul kan? Pernah tak korang mengalami apa yang ditaip sebelum ini. Hehehehe. Tak banyak kali mesti ada juga kan. 

Bagi lea hanya 1 je yang lea ingat. Kita cari duit ni untuk keluarga. Untuk makan, pakai dan keperluan keluarga dan diri sendiri. Kena cari rezeki yang berkat. Gunakan sebaiknya 8 jam waktu bekerja tu. Perkhidmatan kita lama lagi. Panjang lagi masanya.

6 Disember depan genap 16 tahun dalam perkhidmatan awam. Lama jugak dah tu. Kalau dah sekolah tingkatan 4. 16 tahun 4 jabatan. Jabatan pertama dulu dari 1999 hingga 2006. 7 tahun tu. Kalau tak berkahwin dengan orang semenanjung  memang masih rasanya dekat jabatan lama di Sarawak. Lapor diri di Putrajaya pada 01.08.2006 selepas 3 bulan kahwin. Alhamdulillah. Dipercepatkan urusan pertukaran. Selepas 4 tahun bertukar lagi di Shah Alam sebab kenaikan pangkat . Tak tinggi pun pangkat. :-). Dekat Shah Alam hampir 2 tahun juga sebelum memohon tukar balik ke Putrajaya kerana tak larat dah nak berulang ke Shah Alam. Hihihi. Dekat jabatan baru ni dah masuk 3 tahun dah. Nak bertukar ke? Dah mohon dah pertukaran. Tunggu masa dan ketika. Hehehehe. 

Harap kesihatan akan mengizinkan untuk terus berkhidmat dengan kerajaan. Ada 21 tahun lagi untuk lea berkhidmat sebelum pencen. Hehehe. Korang pencen umur berapa. Lea pilih 55 tahun.Tu pun dah 37 tahun berkhidmat.Insyaallah. Lea mula bekerja umur 18 tahun lebih. Lepas SPM. Alhamdulillah dengan rezeki dariNya...

Auto publish

1 ulasan:

  1. Mena kata ktk ya. kita tok bekerja sampey pencen. kenak manfaatkan mena² waktu kerja. still pjg gik perjalanan kerja kta. hehe.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.