MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 23 Februari 2015

Padang yang luas dan permandangan yang cantik

Assalammualaikum semua. Dah kembali ke tempat kerja ke masih bercuti lagi. Opis lea rasanya ramai yang bercuti lagi Isnin ini.

Oklah. Ni cerita minggu-minggu yang lepas. Bawa Adli dan anak-anak buah beriadah di Putrajaya. Bawa depan Perbadanan Putrajaya je pun. Bawa bola dan bagi Adli main puas-puas. Bukan main seronok dia. Berlari sana sini. Nasib baik ada anak buah yang rajin melayan dak Adli ni.


A video posted by Mon Montana (@m0nal3a_ismail) on


Korang tengoklah Adli. Seronok bukan main Adli.



Dekat perbadanan ni rupanya ada taman yang cantik di belakangnya berdepan dengan Masjid Besi. Cantik betul landskap kat situ. Tapi tulah. Ada kolam air pancut. Apa lagi Adli nak melompat ke kolam je kerjanya. Penat umie dan abah mengejar. Umie pun apa lagi ambik peluanglah ambik gambar dengan anak-anak buah. Cantik-cantik pulak gambarnya.

Sekarang susah betul nak ambik gambar bertiga. Mesti Adli akan buat hal. Tapi kali ini elok pulak dia nak berpeace. Umienya pun sukalah. Adalah jugak kenangan bergambar satu family. Dahlah family 3 orang je.

Lea paling suka agambarnya. Cantikkan permandangan di belakangnya. Ni lea dengan anak buah ila dan angah. Angah ni rapat dengan Adli. Suka betul dia kalau kakngahnya ada.  
Ni gambar Adli dengan abahnya. tengoklah tu. Drai tiga gambar ketiga-tiga gambar tak tengok kamera. Sabar jelah. Abahnya yang beria. Hehehehe.

Ni pulak, baru nak ambik gambar dah berlari. Adui..Penat dengan dak Adli ni.



Jika suka entry ini like ye



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.