MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 27 Februari 2015

Koleksi masakan dari dapur kak mon. Ada juga yang dibeli

Asslammualaikum semua. Salam Jumaat. Hrai ni lea nak bercerita pasal makan-makan lagi. Boleh? Menu-menu kat bawah ni ada yang lea masak dan ada yang dibeli.

Kuih seri muka. Antara kuih kegemaran lea. Paling suka makan yang hijau tu. Kalau lemak dan manisnya ada memang sedaplah. Tapi lea pernah dapat yang hijau tu pahit yang amat. Rasanya tukang buah kuih ni lupa nak letak gula kot. 


Ni pulak nasi goreng seafood. Ni pun beli sebab kes malas nak masak. Yelah kekadang tu penat sangat-sangat badan ni. Jadinya call suami suruh dia bungkus nasi goreng.Tak kisah nasi goreng apa. Suami belikan nasi goreng seafood. Sedap. Adli pun suka makan.

Ni pulak angan-angannya nak buat macam yang wrap KFC tu. Tapi pakai roti canai segera. Boleh jelah. Untuk sarapan pagi je pun. Dalamnya lea letak ayam bbq bakar dengan sayur lobak, kacang buncis yang lea panggang sekali. Adli suka makan. Asyik cakap sedap je. hehehehe.

Ayam lemon. Kalau pergi Chinese Muslim Restaurant nilah menu wajib yang dipesan. Lea suka sangat makan ayam lemon jadinya merajinkan diri membuat ayam lemon ni. Suka makan bila ayamnya masih garing di luar.

Ayam goreng kunyit adalah satu menu yang sangat-sangat senang untuk disediakan. Ni buat masa dah lapar sangat dan nak masak menu yang senang. Jadinya ayam goreng kunyit. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Mihun goreng. Pun sangat senang penyediaannya. Mihun kosong je pun. Rencah-rencah rupanya out of stock dalam peti sejuk. Tapi ..lea dah blend sekali udang kering di dalamnya. Ada rasa jugaklah.

Nasi goreng ikan bilis hancur . Hehehe. Tumbuk sampai lumat ikan bilis. Hehehe. Makan bersama dengan air teh o limau. Sedapnya. Air teh dan nasi goreng ni antara kegemaran Adli.

Brownies ni resepinya dah lama minta kat adik. Tapi minggu depan baru merajinkan membuat brownies ni. Senang je membuatnya dan rasanya....sangat-sangat sedap k. Sendiri buat sendiri puji. Dah memang sedap pun. Hehehehe


Brownies buat satu adunan tapi lea bahagikan dua loyang. Yang ini lea bagi dekat jiran yang menyambut Tahun Baru Cina. Jiran tu pun baik dengan lea dan family.

Sotong kering mak mertua bawa dari kampung. Dah dua bulan dalam peti sejuk. Nasib baik elok lagi. Jadinya merajinkan diri membuat sambal tumis sotong. Makan dengan nasi panas dah sedap dah.

Fettucini Seafood Carbonara. Hahahaha. Tersalah beli pasta terbeli fettucini. Jadinya inilah kejadiannya. Pun sedap. Hehehehe. Adli yang kata sedap. Kalau Adli nak makan dan suka makan  tu oklah tu kan.

Baked dori fish with fresh salad and boiled egg. Buat western sikit untuk lunch sabtu lepas. Oklah tu  kan boleh skip makan nasi dan penyediaannya pun senang.

Pada suatu malam teringin benar nak makan nasi panas dengan halia tumbuk tumis dengan ikan bilis dan bawang merah. Dimulut-mulut dah rasa halia ni. Jadinya jam 9 malam menggagahkan diri memasak halia, ikan bilis dan bawang tu. Bila dah makan tu memang rasa kenikmatan. Takde lauk lain pun cuma lauk tu je. Pun dah sedap.

Mihun dengan daging kisar, brokoli, kobis dan bunga kobis. Eh lupa lobak pun ada. Sedap jugak goreng macam ni. Minyak sikit je dan telur takde. Habis jugak kami bertiga makan. Untuk makan malam bila kerajinan untuk memasak nasi dan lauk-lauk berkurangan sikit. Hehehehe.

Ok. Sampai disini saja. Jumpa lain entry pulak k. Bukan untuk menunjuk sekadar memberi idea kalau takde idea nak masak apa. Untuk rujukan diri sendiri juga di masa hadapan.

Jika suka entry ini like ye

4 ulasan:

  1. Byknya gambar makanan...rajin juak ktk bmasak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenak rajin.kadang2 beli dha jemu dah bend ayang sama ajak. lagipun maska dirik pun jimat juak. hihihi

      Padam
  2. Ya Allah...

    kuih seri muka itu sangat2 menggoda... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kakchik. dari jauh dah nampak seri muka ni. hehehe

      Padam

Terima kasih atas komen anda.