MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 18 Februari 2015

Kerabu suun yang sangat sedap

Assalammualaikum semua. Korang tak cuti ke? Esok sehari sebelum Tahun Brau Cina mesti ramai yang dah cuti. Yelah nak ambik direct cuti 4-5 hari. Sapa yang nak bagi cuti 2 hari tu percuma kan.

Ni kisah minggu lepas dan minggu minggu lepas. Kadang-kadang bila dah hari-hari masak jemu jugak makan masakan sendiri. Jadinya sesekali bawalah suami makan kat luar. Makan tak istimewa pun. Makan pun dekat dekat dengan rumah je. Makan dekat kedai tomyam je. Menu yang di order. Korang layan jelah gambar-gambar ni ye.



Kerabu suun ni sangat sedap k. Pertama kali pun ordernya. Ingat nak order kerabu kaki ayam. Takde stok kaki ayam pulak dah. Akhirnya order kerabu ni. Rasa masam, manis dan pedas sangat-sangat kena dengan tekak dan jiwa lea. 

Daging halia ni pulak suami yang order. Rasanya oklah kot. Lea suka sebab halianya yang banyak. Dagingnya pun empuk sangat-sangat.

Kalau dah kat kedai tomyam tak order tomyam memang tak sahlah kan. Lea order tomyam campur. Rasanya memang sedap tapi pedasnya...menyengat. Berhingus makannya. Adui. Memang pedas betullah.

Adli sudah semestinya dengan nasi goreng seafood kicapnya. Pandai dah makan sendiri. Tapi tulah bahagi dua dengan lantai. Nak disuap tak nak. Nak disuap tak nak. Nak makan sendiri katanya . Ikut jelah. Janji dia nak makan.

Lea kan, kalau lea teringin sesuatu tu dimulut-mulut nasi kukus ayam goreng berempah. Adui. Mengalahkan orang yang mengidam. Tak taulah orang lain macam mana.Dua minggu lea nak makan nasi kukus ayam goreng berempah je. Yelah sekali dah makan nasi kukus yang suami beli dekat Mentari Court PJ rasa sedap pulak. Sambalnya tu yang buat teringat-ringat. Rasanya dua minggu lepas 4 kali kot makan nasi kukus ni. Harga RM5.50 tapi bila suami minta smabal dan kuah lebih kena charga RM2. Takpelah sambal dan kuah pun sedapl. Tapi ni dah tak nak dah. Rasa jemu pulak.

Ni pulak nasi lemak dengan paru. Punya teringin satu minggu lea dok ulang menu yang sama. nasib baik harganya ok je. RM2.50. Letaklah banyak mana pun paru. Lea suka nasi lemak ni sebab sambalnya sangat-sangat sedap. Bila makan teringat sambal nasi lemak nenek saudara dekat Lundu, Sarawak. Memang terbaiklah nasi lemak nenek lea tu. 

Oklah. Tak habis-habis pasal makan kan. Yelah, dah kerja teruk-teruk kalau tak makan susah jugak kan.

Jika suka entry ini like ye

4 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.