MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 4 Februari 2015

Adli kena chicken pox

Assalammualaikum semua. 

Macam mana dengan cuti panjang? Mesti seronokkan.Lea tak kemana pun. Suami kerja. Adli pula kena chicken pox. Lea perasan pada Sabtu pagi bila ada bintik-bintik dekat badannya. Dah tu dekat tangan dah ada yang macam mengelembung. Call suami dan dia cakap tunggu dia balik dan bawa ke klinik. 



Kami pergi ke klinik kesihatan batu 14 Puchong. Klinik tutup 12 tgh. Kami sampai jam 12.15. Nasib baik nurse terima kami. :-). Ramai juga yang datang pada hari Sabtu ni. Ramai yang datang bawa anak demam. memang musimlah kot.

Doktor bagi antibiotik dan krim sapu pada Adli. Adli sebelum tu dah demam dah tiga hari. Bila kena chicken pox ni dia dah sihat sikit dah dari demam. Tu yang aktif semacam je. Dekat rumah tak nak duduk diam. Ada je benda di buatnya. Tapi dia tak nak makan. Tu yang risau tu. Nasib baik susu dia nak walaupun sebotol tu susah dia nak habiskan. Takpelah..Sekurangnya dia nak menyusu.

Hari ni alhamdulillah, chicken pox dah kering dah. Aktif je macam selalu. Abah nak bawa naik motor hantar dekat rumah pengasuh (ibu) pun dah seronok tadi. Adli pengasuh dia panggil ibu. Suaminya pulak ayah. Ada kenalan ibu tu dia panggil mak. Cukup semuanya. Adli ada umie, abah, ibu, ayah dan mak.  







2 ulasan:

  1. Dia aktif tak pe, kalau dia monyok lagi susah hati, kan? :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.