MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 22 Disember 2014

Majlis Sanding Sharmeen Dan Fitri

Assalammualaikum semua.

Kita sambung cerita balik Kuching ye.

Sabtu 13 Disember 2014. Hari ini majlis persandingan Sharmeen & Fitri di Dewan Hikmah Kuching. Dekat Kuching selalunya jemputan jam 10 -11 pagi. Kenduri dekat sini lain sikit. Kalau dekat semenanjung ni, selalunya tetamu makan secara buffet. Tetamu datang terus makan dan tak lama lepas tu boleh balik. Kalau nak tunggu pengantin bolehlah tunggu kan.
Tapi dekat Kuching makanannya dihidang. Kalau dekat dewan atau hotel selalunya meja bulat dan makanan dihidang di dalam dome. Tapi kalau kenduri di rumah, selalunya tuan rumah akan menyediakan 4-5 khemah untuk para tetamu. Tetapi tetamu tak terus duduk dekat khemah. Yang lelaki mungkin akan terus ke khemah tetapi perempuan selalunya kan ditempatkan dirumah jiran-jiran yang berdekatan. Makanan akan dihidangkan secara saprah iaitu 1 saprah ada 4 orang. Setiap jenis menu akan dihidang 2 pinggan setiap saprah.Jadinya lauk sellaunya ada 8 pinggan dan 4 pinggan nasi. 1 saprah aka nada 12 pinggan. Kalau kenduri dekat Sarawak selalu akan ditanya. Jemput orang berapa saprah. Selalunya 250 saprah bersamaan 1000 orang tetamu. Selalunya makanan akan dihidangkan 25 saprah sekali jalan.Ini bermakna 100 orang tetamu. Kalau khemah banyak 50 saprah atau 250 orang tetamu. Selalunya akan dipanggil 100 tetamu ini makan dan persediaan dibuat untuk 100 orang tetamu lagi. Bila kumpulan pertama dah makan pinggan akan dialihkan dna meja akan dikemaskan untuk kumpulan tetamu seterusnya dan seterusnya.

Majlis dekat Sarawak biasanya akan selesai jam 1 petang. Kalau dekat kampung masa ini pengantin dah basuh periuk dah. Cepat kan. Tapi sekarang jarang dah buat dekat rumah. Orang lebih suka buat dekat dewan atau hotel. Rewang pun jarang nak jumpa dah. Kadang-kadang rindu dengan suasana itu semua.

Ok. Berbalik pada kisah kahwin sepupu lea. Pengantin sampai dekat dewan lebih kurang 11 lebih. Selesai doa semua, ucapan diadakan acara makan nasi temuan.





Adat Makan Nasi Temuan.
Ini adalah adat orang melayu Sarawak. Ianya simbolik sama ada perempuan queen control atau tidak. Kalau prempuan menang dia yang akan berkuasa di dalam keluarga dan begitulah sebaliknya. Pusingan diadakan sebanyak 3 kali dan 1 kali secara suap menyuap. Pemenang adalah dikira pada siapa yang berjaya menyuapkan nasi ke mulut terlebih dahulu dan dipercayai ia akan menjadi kayu pengukur siapa yang akan mengetuai keluarga. Ia mungkin hanya satu kepercayaan sahaja tetapi ia dianggap sebagai pembuka perhubungan dan menepis perasaan malu diantara mempelai .Walaupun kadang - kadang nampak "ganas" sebab adegan menyuap secara paksa ini.. faham-faham lah masing-masing nak menang.


Menu sangat-sangat sedap hari tu.
Ayam rendang ke ayam goreng berempah ke. Tak pasti tapi sedap
Daging kari pun sangat sedap
Keceni Nenas



























Sambal tumis ikan masin.
Buah-buahan
Nasi minyak

Bila kenduri sedara ni satu yang seronok. Boleh jumpa sedara mara yang jarang-jarang boleh jumpa. Seronoknya bila jumpa nenek-nek sedara yang rasanya setahun sekali payah lea nak jumpa. Yang seronoknya juga hamper semua sepupu-sepupu dan makcik, pakcik balik. Selalunya raya je kami berkumpul. Lepas ni raya nanti barulah jumpa lagi ye.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.