MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 25 November 2014

Bila Adli jalan-jalan

Ni cerita ahad lepas. Ingat nak bawa Adli pergi PICC tengok UPIN & IPIN tapi dari maklumbalas yang dibaca semuanya cakap sesak, dewan kecik, susah parking. Dari macam tu tak payahlah pergi. Bawa Adli ke IOI Mall Puchong je. Bolehlah dia nak naik kereta, main bola. Kereta macam-macam jenis kereta dia boleh naik. Boleh main tembak-tembak air lagi. Hehehehe.
Nilah orang bujang yang dah bersedia dah nak jalan-jalan. Sendiri nak bawa beg walaupun beg besar dari badan. Hehehehe. Dah lama tak ambik gambar bertiga. Korang tengoklah Adli punya pose. Hahaha. Abah dan ummi biasanya comel yang teramat sangat. Kalah kecomelan si anak. Hahahaha.

Korang tengoklah Adli ni. Gaya macam bawa kereta betul dah. Sebelah tangan lagi tu. Maknya pun tak berani nak bawa sebelah tangan. Hahaha.



Seronok bila tengok anak seronok. Masa nilah nak bersama keluarga kan. Abah kerja tak kira masa dah. Kadang-kadang sabtu ahad pun kerja sampai malam. Dekat sini Adli pun ramai kawan. Adli ni jenis ramah terlebih ramah. Semua orang nak ditegurnya. Tak kiralah india ke, cina ke dia boleh masuk semua. Biarlah sampai ke besar ye li. Tapi janganlah terlebih sangat sudah. Pendiam macam ummi ni pun susah. Biarlah sedang-sedang je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.