MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 24 November 2014

Adli...comotnya....

Assalammualaikum semua. Selamat pagi. Hari baru, minggu baru kan. 
Oklah tak nak membebel banyak-banyak.
Ni cerita minggu lepas. Beli barang dapur sikit, dah tu Adli dok tunjuk tempat aiskrim. Belilah satu untuk dia. Umminya pun beli untuk diri sendiri sekali. 
Dalm kereta menangis mengamuk-ngamuk nak aiskrim.
Jenuhlah nak pujuk dia cakap makan aiskrim dekat rumah nanti.
Nak jugaklah tapi air mata mengalir laju.
Sampai-sampai rumah terus ambik beg plastik aiskrim.
Nak makan terus.
Bagi jelah. Nilah pertama kali dia makan aiskrim sendiri.
Selalu ummi yang suapkan.
Sedap tak Adli..dap....adli menjawab. Hehehehe

Korang tengoklah sendiri. Time ni elok lagi. Bersih lagi mukanya. Tak comot.

Ummi pun nak tunjuk aiskrim yang ummi beli. Selalu tak teringin nak makan. Tapi kali ni teringin pulak nak makan perisa RED VELVET ni. Tapi rasanya..entahlah. Lea tak suka pulak. Lain orang lain rasa kot. 


Kecomotan telah melanda Adli. Adui...comotnya Adli. Sampai ke hidung. Nak marah ada. Tapi rasa lucu tu yang lebih.

Dah tu nak aiskrim ummi pulak tu. Sampai comot-comot dia makan.Lastnya dia yang habiskan aiskrim ummi. Ummi lak habiskan aiskrim Adli.



1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.