MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 23 Jun 2014

Tetamu di hujung minggu dari Terengganu

Assalammualaikum semua.Selamat pagi. Hari Jumaat lepas adik lea dari Terengganu datang. Saja nak bercuti lagipun kebetulan mak dan ayah ada. Melawat mak dan ayah sekalilah. Rindu kat anak adik. Si Ainur Medina ni. Makin besar, main lasak dah orangnya. Tak padan ngan pompuan lasaklnya macam lelaki.Suaranya pulak serak-serak basah. Hihihihi


Tengok si Medina ni. Nasib baik abang Adli tidur maa ni. Bolehlah Dina bawa basikal abang ye. Gaya tu kena ada. Umur baru nak masuk lapan bulan. Nak berdiri lak tu. Kalaulah boleh kayuh basikal tu ke manalah dia nak membawa basikal tu.



Ni pulak model tv. Model kabinet tv. Adui...dak Adli ni ni. Korang tengoklah mukanya. Macam dunia ni dia yang punya. Berlagak betul mukanya. Adli.........Di larang karang menangis macam orang kena dera. Tapi lepas ni lea ambik jugaklah.Karang jatuh pulak kang...


Ni gambar malam tadi.Lama dah ummi tak ambik gambar dengan anak ummi ni. Time ni ipar lea yang dekat Terengganu nak belanja makan. Adli sampai-sampai je nak duduk dekat kerusi biasa ni. Tak nak dah duduk kat baby chair. Order air teh o untuk dia. Makan pula kongsi dengan ummi nasi goreng seafood. Lepas habis makan mula dah dia nak merayau ke sana sini.Nasib baik takde kucing semalam Kalau ada mau dia mengejar kucing. Makan sekarang kena bergilir dengan suami.Tak boleh makan sekali. Kena layan dak kecik ni.


Ni pula kek dibuat semalam. Untuk order hari ni. Kek Lapis Nutella, Lapis barsberry Nutella, Lapis Choc Chip Nutella dna Kek Lapis Milo. Alhamdulilla setiap minggu ada je order untuk Kek Lapis ni. Untuk raya ni pulak alhamdulillah...banyak dah order yang masuk. Bagi yang nak order bolehlah hubungi lea ye.Penghantaran sekitar Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya percuma ye.Yang lain kena bayar duit minyak sikit.Penghantaran guna pos laju juga disediakan.


Ni gambar yang adik ambik pagi tadi. Hahaha. Stress je muka abang bila adik yang bawa basikal ye bang. Terbalik dah.Adik yang kecik yang dok bawa dia. Tak taulah nanti bila dik dina dah pandai jalan.Mau huru hara rumah nenek raya tahun depan. Ketuanya sudah pasti si Adli. Berlari sana..berlari sini. Ni pun dah pandai dah budak dua orang ni berebut barang.


Adik akan balik ke Terengganu hari ni. Sunyilah rumah lepas ni. Nanti dina datanglah lagi rumah mak long ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.