MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 25 Jun 2014

Ke Main Place USJ

Semalam suami bawak lea, Adli, mak dan ayah jalan-jalan. Jom cari tempat sejuk katanya. Mula-mula diajaknya ke Alamanda.Lea tak nak sebabnya Alamanda adalah tempat shopping yang paling lea tak suka nak pergi. Lastnya jom kita ke shopping mall yang baru buka dekat USJ. Ada dua Main Place dangan One Place rasanya. Jadinya kami pergi Main Place sebab utamanya ada DAISO. Kebetulan pergi MAIDIN USJ hari tu ternampaklah Main Place ni. Kebetulan juga semalam adalah grand opening Main Place ni. Ada Shiela Hamzah.Siap nyanyi lagu cina lagi. Ni tengok dari atas jelah. Tapi time nak balik lalu sebelah dia. Cantik juga dia ni tengok hidup-hidup.Tapi makeup tebal sangat.

Main Place ni dulu adalah bangunan yang lama terbengkalai.Zaman lea bercinta lagi dah ada bangunan ni.Tapi tak siap-siap. Korang bayangkanlah dah dekat 10 tahun lea kenal suami. Rasanya tengah tahun lepas buat balik bangunan ni. Ni yang jadi shopping mall ngan rumah kat atasnya. Rumah-rumahnya punya harga...mak aii..dari 300k-500k lebih. Tapi syoklah kan turun lif je shopping mall.
Korang tengok dak Adli ni. Adui..sangat-sangat mencabar bila bawa Adli jalan-jalan sekarang ni.Nak berjalan sendiri.Tak nak pegang-pegang dah. Bila dipegang mulalah dia nak duduklah , nak baringlah. Lastnya ke escalator perginya.Nak naik turun sendiri pulak tu. Kita takut kalau dia tersepit kakilah, terjatuhlah.Tu yang takut tu.Tapi budak nak... nak.. jugak.Kena kering hati sikitlah dengar dia menangis.


Sebab utama nak masuk sini sebab ada DAISO.Tengok dari depan macam kecik je.Rupa-rupanya besar kat dalam. Suka tengok barang-barang jepun ni. Cute-cute je. Bukannya beli pun cuma tengok sana...tengok sini...pegang ni..pegang tu..Tapi kalau nak dibandingkan dengan DAISO IOI MALL PUCHONG rasanya kat IOI lagi best kot.


Tengok mak lea tu. Tengoknya bukan main.Tapi tak beli apa pun.Suka nak melihat katanya.

Ceria sungguh warnanya kan. Tak beli pun sebab tak tau nak buat apa.Kalau dah tau kegunaannya beli jugak nanti kot.

Korang tengok budak bertuah ni.Dah penat berlari sana berlari sini dekat Main Place tu, duduk pun boleh tidur ye Adli. Penat sangatlah tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.