MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 13 Jun 2014

Entry Terkumpul Hari Jumaat

Assalammualaikum semua.
Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia.
Dok tengok folder gambar-gambar lama terjumpa gambar-gambar ni.
Kawan rapat semasa di opis lama dulu. Gambar ni diambil masa jamuan hari raya tapi tak ingat tahun bila.Rasanya kalau tak 2007 mungkin 2008. Time tu kan orang dok pakai songket je kan.
Time ni kami semua pakai kain songket. Time ni badan kecik lagi. Sekarang.....tak tau dah nak kata apa. Tapi bila dah puasa 2 minggu ni rasa kecik sikit badan. Hahahaha.

Sekarang ni semua dah jabatan lain-lain. Lama dah tak berkumpul sama. Rindunya kat korang.Dengan maya kadang-kadang jumpa jugaklah.Kalau lea tak pergi rumah dia, dia pergi rumah lea. Anak-anaknya syasya dan sarah pun sangat-sangat comel.Geram acik tengok.


Time ni pulak masa beraya di rumah seorang pegawai dekat USJ kalau tak silap. Macam-macam yang dia hidang. Tapi yang paling lea ingat lasagna dia. Sedap.Dia memang pakar buat lasagna ni kot.


Gambar 7 tahun lepas. Kecik betul suami lea kan. Kalau bolehlah kembali mcm ni.Alangkah indahnya dunia.Rasa dunia ini ana yang punya.Masa ni hantar sepupu mendaftar di Uitm Alor Gajah.Lepas mendaftar semua kita jalan-jalan di bandar Melaka. Lama dah rasanya tak ke Melaka.


Ni pulak gambar 2-3 hari lepas.
Adli main dengan nenek dengan beranda rumah. Dia dah pandai sekarang suruh senyum pandai dah senyum.
Manis pulak senyumannya..
Adli ummi rindu ni....



Ni pulak gambar malam tadi. Pandai dah buat mulut muncung bila bergambar, Nakal betul dah dia sekarang.


Ni pulak gambar anak buah yang dekat Terengganu. Ainur Medina. Tapi mengalahkan lelaki dia ni. Tengok tu mak bagi hairband nak menampakkan dia tu pompuan tapi sekejap je dah tak jadi hairband. Mak long rindu medina ni. Nanti datang rumah mak long ye. Tak taulah bila Adli jumpa Medina...Kalau Medina dah pandai jalan rasanya mau riuh rendah rumah lea dibuatnya.


Demam Piala Dunia dah bermula. Nasib baiklah suami bukan jenis fanatik dengan bola ni. Minat memang minat tapi taklah sampai kunci jam nak tengok bola ni. Kalau tersedar dia tengoklah. Ditanya pasukan yang menjadi pilihan, dia minat pasukan Jerman dan Itali.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.