MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 19 Jun 2014

Dua hari punya cerita

Assalammualaikum.

Berjumpa lagi kita hari ini. Hari ni hari Khamis.Esok Jumaat. Cepat betul kan masa berlalu. Sekejap-sekejap je dah habis semingu…seminggu. Tak lama lagi puasa. Mana yang belum ganti puasa tu dah ganti puasa ke. Lea…….. Alhamdulillah. Dah habis semua puasa yang perlu diganti. Tak sabar rasanya nak melalui lagi bulan Ramadhan. Kali ni Adli dah semakin besar.Pandai cakap.Pandai nak minta-minta. Rasanya berbuka puasa kali ni lagi riuh dari sebelumnya. Tetapi Adli ni pulak jam 7-7.30 malam tulah dia dah menguap-nguap.Kalau di bagi susu terus tidur sampai ke pagi.


Semalam pergi TESCO dekat Bukit Puchong. Nak membeli barang dapur sikit. Aduh…sekarang Adli tak nak dah duduk dalam troli. Dia nak naik sendiri escalator. Kita yang risau.Sampai nak terjatuh dia. Kalau tak diikut mengamuk macam orang kena pukul je dia. Nak berjalan sendiri dalam TESCO. Kalau berjalan nak mencuit cuit barang takpe. Ni botol sos dipegangnya, botol minyak zaitun dipegangnya. Kalaulah pecah satu hal lagi nak menggantinya. Semalam adalah songkok budak yang dijual di TESCo. Cubalah satu kat kepala Adli. Kepala Adli ni jenis besar. Yang baru beli hari tu pun dah tak muat. Niat di hati nak mencubalah dekat palanya. Tapi dia ambik songkok kat kepala dia terus dibuangnya ke bawah.Sabar jelah…

Pagi tadi dalam perjalan ke tempat kerja. Cantik sungguh ciptaan Tuhan. Cantik sungguh cuaca hari ini. Harap panas sampai ke petang. Tapi korang perasan tak, cuaca sekarang sanagt-sangat panas. Kalau malam tu tak lena tido dibuatnya. Adli pulak tengah-tengah malamlah menangis. Nak susulah, nak  kita garu pinggangnyalah, nak garu punggungnyalah. Nak garu belakangnyalah. Macam-macam betul sekarang dak Adli ni. Time dia sedar pulak 2-2.15 pagi. Time yang betul-betul kita tengah lena.
Hari ni lea sarapan nasi lemak RM4. Akak tempat saya beli nasi lemak, mihun, nasi kerabu semuanya sedap.Tapi ada mahal sikitlah. Selalunya kalau beli nasi lemak dekat abang yang selalu beli kalau ada lauk baru RM 3 kalau mihun RM2 je. Nasib baik pulak beli kat akak ni hari ni. Lalu dekat abang selalu tu takde pulak dia berniaga.Lauk hari ni sambal sotong kembang.Sedap pulak sambal sotong akak ni. Sambal nasi lemaknya ada masam-masam sikit, manis-manis sikit. Secukup rasanya. Makan pun syok. Terlupa hari ni ada akak dekat opis buat makan-makan. Takpelah. Kita makan yang ringan-ringan jelah nanti sebab ni dah makan berat.
Ni pulak tuan rumah kedaong hari ni. Lama dah tak selfie. Hahaha. Orang nak berselfie kita pun nak selfie ye dak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.