MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 29 Mei 2014

Suami di hospital, Adli dan warna


Salam sejahtera semua. Semalam kita telah dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Azlan Shah.Semoga almarhum ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. 

Ok..macam mana nak mulakan.
Suami lea patah tangan pada 11 Mei lepas. Dibawa ke Hospital Putrajaya dan tangannya di simen. Pada 16 Mei datang balik ke Hospital Putrajaya untuk membincangkan perihal pembedahan yang akan dijalankan. Jumpa dengan pakar tulang. Pakar cakap suami boleh menjalankan pembedahan ataupun tak nak jalankan pembedahan. Kalau jalankan pembedahan tulang akan tumbuh dengan sempurna dan setahun selepas pembedahan dah boleh keluarkan balik besi. Kalau tak nak menjalankan pembedahan pun boleh juga tapi risiko untuk tulang tumbuh dengan tidak elok amat tinggi. Jadinya suami minta masa untuk berbincang dengan lea dan meminta pendapat keluarganya. Akhirnya suami setuju untuk menjalankan pembedahan.Kosnya.Alhamdulillah tidak dikenakan sebarang bayaran. Kalau tak plate yang hendak dimasukkan ke tangan suami mungkin bernilai RM1200 dan perlu dibeli dengan pihak luar.Setelah bincang balik, plate hanya guna yang stok hospital punya.


Suami dimasukkan ke hospital pada rabu 21 Mei 2014. Esoknya 22 Mei 2014 jam 11.07 minit pagi  suami dbawa ke dewan bedah. Lea ikut sekali tetapi selepas tu menunggu di bilik menunggu di sebelah dewan bedah. Pengalaman menunggu? Hanya Allah yang tahu perassan waktu tu.Yelah..bukan lea seorang tapi ramai lagi yang menunggu suami , isteri, kakak, abang yang operate dan yang paling ramai isteri bersalin. Mana yang menunggu kehadiran cahaya pertama sangat seronok melihat mereka bila doktor cakap isteri dan anak selamat. Ada juga kes kecemasan yang baby meninggal dunia. Kita dapat rasakan kesedihan itu. Ada juga  yang menunggu suami operate, masuk dewan bedah jam 8 jam 3 petang pun belum keluar dari bilik bedah. Ok.Berbalik kita dekat suami lea. Masuk jam 11.07 pagi jam 4.25 petang baru keluar. Orang yang menunggu ni.keluh resah dibuatnya.


Ni selepas pembedahan.Tangannya tergantung je. Sampailah sekarang.Dekat rumah pun kena gantung macam ni. Kalau gantung suami cakap selesa sikit rasanya.

Di kesempatan ini lea ingin mengucapkan terima aksih kepada akwan-kawan, kawan-kawan suami, saudara mara , jiran-jiran yang melawat suami di hospital ataupun di rumah. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Ni nak selit sikit pasal anak teruna sorang ni. Korang tengoklah kerjanya. Semua benda nak dijadikannya topi. Yang ni bekas lego. bakul basikalnya pun dia cabut dan dijadikan topi juga sambil dia bawa basikal. Sukahatilah Adli.Jangan buat yang pelik2 dah.




Hari tu jumpa meja kecik dekat TESCO.RM9.90 . Belilah satu untuk dak Adli ni.Dah tu lea belilah warna ngan buku mewarna untuk dia. Bukan main suka lagi tu. Tapi tulah...suka hati dia je nak mewarnanya.Takpe nak melatih tangan dia dengan pensel dan warna.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.