MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 28 Mei 2014

Entry Terkumpul Lagi

Lama betul dah tak menaip di dalam blog ni. Sibuk sangat-sangat.Dengan bisnes kek lapisnya..dengan Adli demamnya dan sekarang ni suami pulak patah tangan. Penatnya hanya Tuhan yang tahu. Suami patah tangan pada 11 Mei 2014 yang lepas. Terkejut dan rasa down sangat-sangat bila diberitahu suami patah tangan dan di bawa ke Hospital Putrajaya.Sampai-sampai di emergency Hospital Putrajaya melihat suami tengah menahan kesakitan. Nasib baik tak lama lepas tu doktor simenkan dan boleh balik rumah. 22 Mei lepas suami dah selamat menjalani pembedahan.

Suami pulak bila dah patah tangan tak reti n ak duduk diam.Ada je benda yang  dibuatnya.Dan yang paling membuatkan mulut lea bising bila dia memandu. Lastnya ikut jelah kedegilan dia tu. Ni gambar semasa meilihat Red Bull Race apa ntah dekat cyberjaya.Ala...kapal tebang yang terbang dengan pelbagai halangan tu. Suami nak sangat tengok Red Bull Race ni. Pada mulanya kamicuma tengok dekat luar tepi pagar je.Lepas tu adalah hamba Allah yang bagi 2 tiket untuk kami melihat Red Bull Race ni dengan lebih dekat lagi.








Ni pulak hari bersejarah bagi adik lea Masz pada 22 dan 23 Mac lepas.Lama betul baru nak cerita kan. dah dapat gambar dari jurugambar baru syok nak update dekat blog. Seronok sangat bila dapat berkumpul dengan keluarga masa ni. Time ni kesian sangat dengan adik ipar. Maknya sakit dekat Miri.Yang datang cuma saudara yang datang dari kedah dan adiknya yang bungsu. Lebih kurang seminggu lepas majlis kahwin mak adik ipar meninggal. Semoga arwah ditempatkan beliau bersama-sama dengan orang beriman. Lea sebenarnya teringin sangat nak jumpa dengan mak adik ipar ni. Waktu merisik masa raya lepas lea pulak balik awal. Sehari lepas balik ke KL baru mereka datang merisik. Masa kahwin ni pulak dia pulak tidak sihat. Mungkin tiada rezeki lea untuk berjumpa dengan mak mertua adik. Semoga dia tenang di sana.

































Ni pulak cerita 2-3 mingu lepas. Anak kesayangan demam panas selepas cucuk untuk 1 1/2 tahun. Tidur malam merengek je. Badannya panas sangat-sangat. Tu yang lap dengan tuala basah tu.





Alkisahnya Adli ni suka sangat tengok jentolak ni bila ada kat tepi-tepi jalan. Kalau orang sarawak cakap sobol. Sobol? hahahaha. kelakarkan bunyinya. Belilah satu model yang kecik untuk Adli.Seonok sangat dia sampaikan dia nak duduk atas sobol tu. Kalau badan kecik takpelah sayang. Ni badan...dah 14 kg lebih dah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.