MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 10 April 2014

Cerita makan..makan...makan...dan makan.....

Assalammualaikum semua. Hari ni lea nak kuarkan banyak gambar.Semuanya gambar makanan.Ada yang dimasak sendiri ada yang dibeli. Jom kita jalan-jalan tengok makanan.
Mi Pok Special di Kopi O Corner Kuching.
Pergh...memang sedaplah.Hilang kerinduan nak makan mi pok special.
Balik Kuching memang akan makan mi pok ni lagi.

Peria Tumsi Belacan dengan cili.Antara sayur kegemaran lea. Elokkan makan peria ni. Kalau reti buat taklah pahit sangat. Jadi pahit-pahit sedap gitu.

Ikan dori sweet sour. Memang menu kegemaran lea dan adli. Buatnya pun senang jugak. Tapi yang ni kurang pedasnya sebab Adli makan sekali.

Ikan kembung masak asam pedas. Lamanya tak makan asam pedas.Tu yang buat tu. Buat pekat-pekat sikit. Pergh...sehingga menjilat jari.Syukur kepadaNya atas rezeki ini.

Takoyaki. Ni beli ni. Sedap...RM4.50 4 ketul. Nak kena belajar buat dan beli mesinnya. Yelah 4 ketul kecik-kecik rasa tak puas makannya.

Telur Masin.Antara menu yang boleh membuka selera.Kalau makan kuningnya tu yang lemak-lemak tu...sedapnya...............

Kacang buncis pecah telur.Tak  bubuh cili sebab Adli suka makan sayur ni.

Ikan tongkol masak semo.Kalau kat sini tak taulah nama apa.Masak semo ni campuran kicap, asam keping dan cili. Sekarang dah tau dah macam mana nak beli ikan tongkol.Hasil dok terjah pasar borong setiap jumaat. Hehehehe.Dapat ilmu baru.

Ni pulak bila datang rajin di hujung minggu. Lempeng cicah sambal sardin dengan cucur nasi ngan ikan bilis. Berselera makan wa kata sama lu.

Sambal sardin yang sangat menyelerakan.

Tomyam ayam dihujung minggu.Nikmat bila makan ada rasa pedas...masam 

Bila ada tomyam mestilah ada telur dadar.Kalau makan kat kedai tomyam ni jugalah yang diorder. Rasa makan dekat kedai.

Untuk menambahkan lagi selera ikan gelama masin.Perah limau sikit.Pasti sedap...

Soto. Ni pulak big bos belanja Isnin lepas. Fav. lea ni.Kalau ada sambal kicap yang pedas...lagilah terangkat.Sampai berhingus hidung. Tu yang nikmat tu.

Puding roti.Tengok roti ada lebih dari terbuang bila habis exp. datenya baik kita mempuding. Masak dalam pemanggang ajaib je pun.Sekejap je dah masak. Lain kali boleh buat lagi.Tak payah nak ambik oven.Pemanggang ajib HIG kan ada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.