MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 13 Mac 2014

Air suam, teh ais dan air kelapa..mana satu pilihan dia.....


Assalammualaikum.
Salam khamis lea ucapkan. Hari ini hari ke-6 pesawat MH370 hilang. Harap ada penemuan selepas ini dan semuanya selamat….

Ni nak cerita pasal si debab lea ni. Semakin nakal dan semakin banyak akal. Pandai bercakap sorang-sorang dah. Dah jelas sangat sebutan abah. Umi pulak…hihihihi…Ami….hehehehe.Takpelah.Janji mi tu ada bunyinya.

Sekarang bila nak makan dekat luar kena fikir 5-6 kali. Bukan Adli yang kecik dulu-dulu tu. Adli sekarang Adli yang nak juga apa yang kita makan. Nak juga apa yang kita minum. Minum tu nak straw jugak. Kalau order air mesti order air dia sekali. Air suam dengan straw. Satu gelas tu dia boleh habiskan.

Ni cerita beberapa minggu lepas. Bila dah teringin sangat nak minum teh ais di Seri Alamanda Cyberjaya kena jugalah pegi. Pergi lepas isyak. Boleh duduk lama sikit. Lea order teh ais ngan roti telur, suami pulak order air kelapa ngan roti pisang dan Adli pulak air suam. Bila air sampai Adli macam seronok sangat. Semua air dicubanya. Korang tengok sendirilah gambar. Dilarang mengamuk dia satu kedai. Jenuh nak memujuk.Takpe Adli..kali ni umi kasi peluang ye…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.