MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 1 September 2013

Perkahwinan Tengku Amalin

Majlis akad nikah telah diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam, 27 Jun 2013 lalu, manakala majlis persandingan pula disempurnakan pada keesokan harinya, 28 Jun 2013 di Istana Negeri. Difahamkan lebih 1,000 tetamu dari dalam dan luar negara telah hadir pada majlis persandingan yang penuh adat istiadat itu. Pasangan pengantin juga dijangka akan turut menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, pada 6 Julai ini dan majlis istiadat doa kesyukuran pada 7 Julai ini.
Y.A.M Tengku Amali bertunang dengan Pengiran Muda Abdul Qawi pada April lalu di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang di pihak lelaki dan 13 dulang di pihak perempuan. Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan.
Cantik dan ayu YAM Tengku Amalin. Semoga perkahwinan baginda berkekalan hingga akhir hayat. Sekali lagi tahniah diucapkan.







1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.