MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 16 Ogos 2013

Kami di pagi Aidilfitri

Pada sebelah paginya, sambil menunggu ayah, mak, suami dan adik ipar balik dari surau, ,macam biasalah kami ambik gambar dulu. Boleh gedik-gedik sikit kot. Kalau mak ada mau kena marah dok ambik gambar je.

Adli….

Dah kemas-kemas dengan baju melayu dan sampinnya boleh tidur. Lena betul sambil dok peluk patung melody yang adik punya. Lagi sedap ye Adli tido sambil hisap telinga si melody tu. Ditarik karang mau mengamuk dia.

Kami tiga beradik posing-posing ambik gambar dengan perut adik yang menjadi sasaran lensa camera. Adik lea dah tujuh bulan mengandung. Sekarang duduk dekat Terengganu. Bersalin insyaallah dekat Kuching nanti. Minta dipermudahkan semuanya…


Time raya ni jelah nak berkumpul semua.Susah nak berkumpul ni. Lea balik, adik tak balik.Adik balik lea tak balik. Aidilfitri ni pun adik tak dapat cuti.Nasib baiklah bos dia ok bagi cuti. Tu  pun balik Kuchinghari rabu, hari Sabtu dah balik Terengganu balik. Takpelah Mak Ngah janji boleh balik beraya di Kuching kan.


2 ulasan:

  1. Hamboiii...sedapnya Adli me'muting'kan telinga melody!

    BalasPadam
  2. selamat hari raya lea....lena betul adli tido isap telinga melody tu haha..makin comel dia.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.