MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 29 Ogos 2013

Gila Tupeerware



Assalammualaikum semua.

Selamat petang.

Hari ni lea nak bercerita pasal satu kegilaan kaum wanita khususnya. Tupperware…Lea suka dengan tupperware ni sejak zaman anak dara lagi. Tapi rasanya sekarang lagi gila kot. Yelah..member ofis duduk sebelah dok jual Tupperware.Murah pulak tu. Sapa yang  yang tak nak beli kan.

Tupperware…..

Alah membeli menang memakai. Tak rugi rasanya membeli Tupperware ni. Yelah tahan lama dan sangat-sangat berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Style lea pulak, lea kalau minat ngan satu-satu barang tu lea mesti tunggu offer baru lea beli. Tapi satu yang tak pernah offer.Tempat beras Tupperware.Lastnya beli jugak. Simpan duit gaji dua ke tiga bulan rasanya time tu.Kali ni pengukus Tupperware.Bukan takde pengukus yang besar tu. Ada..Yang kecik pun ada. Beli dekat Wang Kelian lagi tu. Tapi malas nak mengambilnya sebab atas kabinet. Selalunya jual 2 tingkat je.Kali ni ada offer free satu tingkat. Apalagi..Ambil teruslah. Botol air pun offer jugak. Ambik dua je terus. Nanti dalam peti sejuk nampak cantik je bila disusun. Botol air yang kecik tu pulak…nak pujuk abanglah.Sebab dia selalu bising beli banyak sangat.Sekarang dia suka jogging pagi-pagi. Boleh cakap dengan dia nanti boleh buat bekal air bila jogging nanti.Sejuk kot hati dia tak bising isteri beli tupperware.


1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.