MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 28 Ogos 2013

Anak bujangku dengan kamera

Assalammualaikum semua.

Apa khabar hari ni? Sihat? Lea hari alhamdulillah sihat adanya. Hari ni pergi kerja pun seronok je sebab boleh buat kerja dengan happy hari ni.Takde rasa nak serabut2 hari ni. Boleh settlekan kerja yang ada.

Adli….

Hari ini boleh awal pulak dia bangun.Jadi maknya pun kena bangun awal jugak. Tak tahanlah……. Kalau kita tak bangun jugak dipicitnya pipi kita, dicucuknya mata kita nak bagi kita bangun sama. Abahnya tahan pulak tu. Tak bangun-bangun. Takpelah. Uminya bangun awal boleh siapkan apa-apa yang patut. Dan semestinya bekalan Adli ke rumah pengasuh kena disiapkan. Hari ni Adli bekal bubur kasar +ayam+brokoli. Hari ni kena buat bubur baru. Nak kena fikir dulu menu apa yang sesuai untuk Adli untuk 2 hari akan datang…. Dan hari ini uminya rajin membuat nasi goreng. Nasi goreng bodo je pun. Bawang + telur + kicap je pun. Yelah tengok nasi ada lebih semalam. Buatlah nasi goreng.Boleh bawa bekal ke opis. Tu dia…Langkah penjimatan.Takde pembaziran disitu.

Adli lagi…

Nak cerita ni. Anak bujang lea sekarang ni memang pantang tengok kamera atau telefon kalau kita nak ambil gambar dia. Lagilah bila dia tengok kamera besar maksunya dekat Kuching hari tu. Nak posing manjang. Boleh pulak senyum tu. Anak…anak…. Seronok dapat lihat proses pembesaran dia. Adli sekarang dah pandai kenyit mata dah tau. Kalau kita kenyit mata kat dia, dia kenyit mata balik kat kita. 

Sebenarnya dah rindu kat dia ni. Tak sabar tunggu 4.30 ni.Nak balik…………

Ok..lea tinggalkan anda dengan koleksi gambar Adli yang maksunya ambil. 






5 ulasan:

  1. kemain gebus adli nie...suke tgk die..bam2....bulu mate kemain lentik hah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua cakap bulu matanya mcm bulu mata budak pompuan. mak akak gunting time dia dalam pantang

      Padam
  2. echecheyyy..cute nya ehhhh..gerammm mek tgok..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.