MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 18 Julai 2013

Sepetang Adli di IKEA

Petang Sabtu sebelum puasa hari tu tiba-tiba suami ajak pergi IKEA. Nak makan meatball katanya. Lea ok je. Sampai-sampai je terus ke tempat makan. Mak aiiiiii. Ramainya orang. Tempat duduk memang sah-sah takde. Terpaksalah menunggu.Tengok orang macam nak habis je makanannya dekat meja tu, buat-buatlah berdiri dekat situ. Hahahaha. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduknya.

Lea dengan suami order makanan. Adli tinggalkan dengan anak buah. Jaga meja. Pandaikan. Tu pun anak buah cakap ramai yang bertanya tentang meja kami tu. Ingat dua orang je.

Suami order meatball yang paling banyak terus. Lea ngan anak buah order fish n chip. Suami order salmon. Dah tu order juga popia 3.Meatball buat sharelah. Adli kami order kentang lenyek. Makan kentang lenyek jelah Adli. Sosnya tak bagilah. Umi pun tumpang sekali makan kentang tu sebab sosnya sedap.

Lama juga duduk makan dekat situ. Dah nak habis lea tengok ada couple dok mencari-cari tempat duduk. Lea pun lambai-lambai yang pompuannya. Nak bagi tempat duduk kami pada dia.

Ingat takde nak shoping kat IKEA. Rupanya suami ada agenda lain jugak. Ingat nak makan je. Rupanya dia nak beli kerusi malas untuk letak dekat balcony. Sukahatilah. Sebab dia yang membayarnya.


Yang paling bestnya hari tu, Adli dah pandai sedut air guna straw……







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.