MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 8 Julai 2013

Ke Wang Kelian


Buang wang ke Wang Kelian…

Inilah kali pertama lea ke Wang Kelian. Dah kebetulan di Perlis katanya kan. Tempatnya lebih kurang macam Serikin di Sarawak.Tapi rasanya lagi panjang dan turun naik bukit. Mandi peluh jugalah dibuatnya.

Kali ni memang shoppinglah. Siap tanya suami, kereta muat ke tak. Suami pulak jawab muat. Jadinya belilah apa yang teringin tu. Lea dok beli cadar 2. Mak beli 1. Selimut cotton lea beli dua. RM 9 je. Murah betul. Dah tu periuk kukus besar. Murah sangat-sangat .

Sampai-sampai di kereta, suami dah terkejut. Muat ke tak kereta ni. Padat punya padat bolehlah masuk tapi dengan syarat jangan dibuka bonetnya. Bayangkanlah  kalau bonet avanza dengan seat belakang dibuka kalau penuh dengan barang-barang.

Memang betul bila sampai ke rumah buka je bonet terkeluar jugak isi-isi dalam tu. Rasa nak ke sana lagi selepas ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.