MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 28 Jun 2013

Senyum sampai ke telinga...........


Cerita pada hari rabu lepas. Dok memikir nak masak apa.Lastnya nak buat masakan kesukaan suami.Pajeri terung.Tau dia suka makan pajeri ni  sebab dia kalau pergi makan nasi campur suka dok cari pajeri terung. Lepas tu dok bandingkan dengan pajeri terung yang mak mertua masak. Terpikir jugak, tak pernah masak pajeri terung untuk dia. Jadinya pada rabu tu google pasal resepi pajeri terung ni, Tanya kawan dekat opis.Bila balik kerja beli bahan-bahan untuk pajeri terung ni.

Bila dah masak, tunggu suami balik kerja sebab nak makan sama. Berdebar-debar jugak rasa hati, sedap ke tak sedap ni. Menu lain lea buat tomyam ayam dengan goreng ikan terubuk bakar.

Bila suami dah makan…Alhamdulillah dia cakap sedap. Sukanya hati lea.Senyum sampai ke telingalah lea. Hihihihi. Bertambah nasi dia makan malam tu. Bila suami cakap sedap tu hilang rasa penat, berpeluh bila memasak pajeri terung tu.




1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.