MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 21 Jun 2013

Masa untuk jalan-jalan

11-14 Jun 2013.
Lea n suami bawak mak n pak yang datang dari Kuching jalan-jalan belah utara .
Belah selatan dah pergi dua tahun lepas.
Belah timur dah jalan hujung tahun lepas.
Belah utara kita pergi kali ni pulak ye.

11 Jun 2013

Paginya kena pergi ke Hospital Putrajaya sebab si kecik Adli yang ada temujanji dengan doktor. Alhamdulillah semuanya ok kata doktor. Alhamdulillah..Anak umi dah sihat. Urusan di Hospital Putrajaya selesai dalam jam 10 pagi. Ingatkan nak terus balik kerumah.
Tapi...suami pulak nak pergi beli kasut...
Laki aku...nak pergi bercuti baju baru, seluar baru..kasut pun baru. Jomlah bang kita pergi beli kasut baru. Jam 12.30 tgh baru sampai rumah. Tengok mak n pak dah bersiap dah. Jom kita jalan. Jadinya perjalanan diteruskan ke Teluk Intan sebab mak n pak nak jumpa mak mertua. Ajak jugak mak mertua pergi tapi dia tak nak sebab dia tak larat berjalan. Sampai dekat Teluk Intan dalam jam  3.30 petang.Rehat-rehat, makan n sembahyang lepas tu zuppp...kita ke Penang. Bolehlah rehat untuk semalam. Sampai dalam jam 7 malam. Datang ikut jambatan sebab ayah nak sangat naik jambatan Pulau Pinang. Misi utama di sana? Nasik kandar line clearlah... Tapi sampai-sampai dekat sana hujan lebat selebatnya. Sedaplah tido malam tu.
Esoknya kita nak gerak lagi.Kali ni kita ikut feri pulak ye.

Adli dengan abah dekat hotel di penang....

Adli dengan atuk...

Adli dengan abah di dalam feri





1 ulasan:

  1. Dah lama kakcik tak berkesempatan singgah di sini. Tengok2 Adli pun dah makin besar dan bijak. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.