MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 26 Jun 2013

Bila sesesali dia ke dapur

Seronoknya bila suami sesekali kedapur.
Boleh goyang kaki tengok tv sambil bagi makan anak.

Ceritanya pada Isnin lepas.
Dekat pejabat lea ni ada pokok belimbing buluh.
Adalah sorang kawan ni dok petik belimbing buluh tu dan bagi dekat lea sikit.
Dok teringat dekat rumah ada udang.
Jadinya plan petang tu nak buat masak lemak dengan belimbing buluh.

Petang tu suami ambik lea dari kerja.
Dia dah siap cakap, abang dah perapkan daging lepas ni kita bakar guna pemanggang ajaib yang ayang beli dekat langkawi hari tu.
Lea cuma jawab ok.

Sampai-sampai dirumah selepas ambil Adli dari rumah pengasuh terus masuk dapur panaskan bubur Adli.
Suami pun menyibuk jugak dekat dapur.
Lepas tu bagi Adli makan.
Cakap dekat suami..
Alang-alang dekat dpaur, masaklah sekali udang tu.
Suami senyap je.
Dah tu tengok dia blend semua bahan untuk masak lemak.
Senyum sampai ke telingalah lea.
Rehatlah lea petang Isnin tu.

Rasa masak lemak tu? Sedap..Memenuhi piawaian tekak lea.
Cakap dengan suami.
Bolehlah masak sekali.
Senyap je dia.. Apa ntah di dalam hati tu ye...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.