MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 26 April 2013

Salam ceria di pagi Jumaat

Alhamdulillah.
 Berjumpa lagi kita di pagi Jumaat . 
Penghulu segala hari. 
Esok Sabtu. 
Mak dan ayah lea akan balik ke Kuching. 
Sekejap betul masa berlalu. 
Mereka datang dulu sebab Adli masuk hospital.
Sebulan lepas. 
Lepas ni akan bermula baliklah rutin harian lea. 
Kalau mak ada tu, balik kerja mak dah siap masak dah. 
Kain baju dah siap lipat dah.
Teruk betulkan lea ni. 
Dah cakap dekat mak, jangan buat.
Dia buat jugak.

Tapi balik esok 10.06.2013 akan datang lagi dengan tiket yang dah lama dibeli.
 Ingat nak bawa mereka jalan-jalan makan anginlah nanti.
Banyak sangat dah mereka tolong masa Adli dekat hospital hari tu.




Budak kecik sekarang yang sangat-sangat rapat dengan atuknya. Kesana sini nak atuk bawak dia.Tak boleh tengok muka atuk.Mesti angkat tangan nak minta didukung. Makin banyak akal dah sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.