MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 17 Januari 2013

Syukur alhamdulillah


Alhamdulillah dengan semua rezekinya untuk kami.

Memang kita hanya merancang tapi perancangan Dia untuk kita memang yang terbaik.

6 tahun menunggu seseorang untuk menghiasi kehidupan kami suami isteri. Sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk mempunyai cahaya mata sendiri.Alhamdulillah.Dalam hanya dalam masa dua minggu menunggu  , lahirlah Adli. Betapa seronoknya kami. Persiapan di buat untuk menyambutnya di sini. Dalam masa sebulan berulang balik jugaklah ke Kuching nak menguruskan semua dokumen supaya dia boleh di bawa ke sini.
Sekarang Adli dan 3 bulan lebih.Dah 2 bulan lebih dah dia di sini.Adli membesar dengan sihat. Comel sangat Adli. Balik kerja hilang semua penat dan lelah bila melihat senyuman dia. Hilang semua masalah lea bila melihat dia.

Tidak ada apa dah yang lea inginkan.Anak sendiri insyallah kalau ada rezeki adalah.Bukan tidak berusaha, tapi rezeki dariNya belum ada lagi. Rumah sendiri……….Alhamdulillah.Urusan bank berjalan dengan lancarnya.Menunggu rumah yang sedang diubahsuai. Beli rumah yang mampu milik sahaja. Cukuplah untuk kami 3 beranak.Cukuplah untuk kami suami isteri membesarkan Adli.

Alhamdulillah dengan semua rezeki dariNya.



5 ulasan:

  1. tumpang gembira untk lea..semoga sentiasa dmurahkan rezeki..adli makin ensem la lea...

    BalasPadam
  2. tumpang gembira untk lea..semoga sentiasa dmurahkan rezeki..adli makin ensem la lea...

    BalasPadam
  3. tumpang gembira untk lea..semoga sentiasa dmurahkan rezeki..adli makin ensem la lea...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... semoga semuanya terus berjalan lancar buat lea sekeluarga

    BalasPadam
  5. Syukur selalu. Saya yakin, segala kelancaran hidup itu berkait rapat dgn usaha untuk memiliki Adli. Anak pemberi rezeki, penambah rezeki. Adli anugerah terindah. Dia berhak utk bahagia sepertimana dia memberi kita bahagia dan gembira.

    Adli... awak comel!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.