MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 30 Januari 2013

Salah sejahtera dan salam 1 Malaysia

Assalammualaikum semua. Lama benar dah rasa tak update blog kesayangan ni.  Bukan tak  nak update tapi masa 24 jam rasa tak cukup je. Lagipun dekat rumah masa yang ada digunakan sebaiknya bermanja ngan Adli dan abah Adli.Ahaksss...Lari.....

Tapi betul tau.Penatnya tak dapat dibayangkan.Sebelum ni ada mak lea yang membantu tapi bila mak dah balik kuching, haaaaaaaa ambik kau lea.Semua nak kena buat sendiri.Jam 12 malam pun masih dok lipat kain. Bila Adli dah tido barulah senang sikit nak buat kerja.

Hari ni hari pertama lea sendiri yang hantar Adli umah akak ipar.Dia yang jaga Adli.Selalu ada suami yang temankan.Suami pergi Johor hari ni.Jadinya semua kena buat sendiri. Adli ok je nampaknya tadi.Tido je dalam kereta. Harap akan begitulah setiap hari. Esok Khamis kan.Lusa Jumaat.Yahooo...cutilah kita ye.Bagi yang dekat Wilayah Persekutuan je. Negeri lain kerja ye.Kecuali yang dekat Terengganu,Kelantan dan Kedah.

Oklah.Nak buat kerja.Buat awal cepat siapnya.

Assalammualaikum semua. Salam Sejahtera.Semoga hari ni akan membawa sejuta kebahagiaan buat anda dan keluarga serta sahabat handai anda semua.....

Lea tinggalkan anda dengan gambar dua beranak yang nampak merah keduanya....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.