MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 6 Disember 2012

Makan-makan lagi

Sabtu lepas juga, lea dengan suami bawak mak dan ayah makan-makan dekat Bagan Lalang.Seperti biasa di Restoren Senandung Malam. Kali ni biar ayah yang diberi kuasa mengorder apa yang dia nak makan.Tanya mak, mak ikut je. Jadinya ayah pilih ikan kerapu, sotong, udang, ketam, ambal dan sayur kalian. Ikan kerapu dia nak masak tiga rasa.Sotong dibakar, udang ayah nak butter prawn, ketam masak sweet sour, ambal masak sambal dan kalian ikan masin. Untuk diri lea sendiri lea cuma nak ikan kembung bakar.

Lea takut nak bawa ayah makan dekat sini sebab sudah semestinya dia akan pilih seafood.Tapi dah dia dok Tanya bila nak bawa dia makan seafood.Jadinya bawa jugaklah.Sebagai anak tak sampai hati nak menolak keinginan seorang ayah.

Sebenarnya suami nak bawa ayah tengok bola.Yelah Malaysia lawan Indonesia.Tapi bininya ni dah tarik muka empat belas kenalah dia ambik hati bininya ni. Hehehehe. Itulah kuasa seorang isteri.Majuk sikit kena pujuk. Hahaha.Salah guna kuasa ke tu?





1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.