MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 1 September 2012

Perjumpaan di Bandar Tun Razak ....

Setiap tahun di rumah Ecahlah tempat pertemuan kami semua.Mak Ecah pun sporting.Pun sama melayan. Sedap mak ecah masak.Ada laksa, mihun oreng dan macam-macam lagi.Yang paling lea minat, mihun mak Ecah goreng sebab rasanya tetap sama.Dulu ecah rajin  bawak mihun goreng ke opis.

Seronok bila berjumpa.Bila berjumpa macam-macamlah hal yang keluar. Rindu dengan suasana di pejabat lama dulu. Time kerja...kerja...senyap je.Time nak gelak, gelak jelah.Ada je benda nak ditertawakan. Satu lagi kami satu bilik suka buat majlis makan-makan.Mana tak badan mengembang dengan jayanya.Itu cerita 2 tahun lepas. Ecah dah kat pejabat lain. Maya pun sama.Lea pun dah tukar jugak. Ina n kak zah yang masih di tempat lama. Harapan lea semoga ikatan persahabatan ini akan kekal untuk selamanya.....





1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.