MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri buat semua


Assalammualaikum semua. 

Dengan rendah diri saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog lea ini.Lea mohon ampun dan maaf kalau ada tersalah kata dan tersilap bahasa dalam lea menulis di blog kesayangan lea ini.

Tahun ni lea akan beraya di Teluk Intan di kampung suami. Tahun lepas dah beraya di Kuching.Beginilah gayanya bila berkahwin dengan orang jauh ni.Tapi alhamdulillah tiadalah pulak nak gaduh-gaduh time nak balik raya sebab gilirannya dah ditetapkan. Pastinya di pagi Syawal akan terasa sedihnya bila berjauhan dengan keluarga tersayang di Kuching. 

Tahun ni juga kami akan beraya  tanpa ayah mertua lea. Memang terasa akan kehilangan dia. Takde orang minta buatkan kek lapis.Takkan ada orang nak buat lemang.Takde orang yang akan bawa lea dan suami ke pekan pada malam raya nak beli biskut kacang.Takde orang yang akan suruh anak menantu beratur sebab dia nak bagi duit raya. Terasa sedihnya bila dia tiada. Semoga dia tenang disana...........

Selamat Hari Raya sekali lagi.Bagi yang baru nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingat ada orang yang menanti kedatangan kita. Semoga Syawal kali ni membawa sinar kebahagiaan kepada anda dan keluarga.



3 ulasan:

  1. memang beraya di Kuching sungguh meriah dan berwarna warni .. berbeza dengan semenanjung. ye lah .. lain padang, lain belalang.

    selamat hari raya juga dari saya dan maaf zahir batin.

    BalasPadam
  2. selamat hari raya dear. raya dtg umah k. hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.