MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 17 Ogos 2012

Betapa saya sangat rajin puasa ni....

Tahun lepas sangat malas untuk membuat kek lapis.Tetapi untuk raya tahun ni sangat rajin pulak nak buat kek lapis pada bulan puasa.Sampai 3 pulak tu.Dan bila balik dari kampung ada perancangan nak buat lagi nak mencukupkan 5 sebab bahan-bahan dah dibeli.Tak dibuat nanti membazir pulak. Kek Lapis yang dibuat kali ni KEK LAPIS CADBURY, KEK LAPIS KENYALANG dan KEK LAPIS MASAM MANIS.

Kalau dah berasal dari Sarawak memang tak sah rasanya kalau tak buat kek lapis. Tahun-tahun lepas kalau beraya di kampung suami ada arwah abah yang sangat sukakan kek lapis buatan lea.Dia cakap sedap.Cukup suka dia makan kek lapis ni.Tapi tahun ni tahun pertama beraya tanpa abah.Mesti lain suasananya. Tak taulah..ada ke tak penggemar kek lapis yang lain di kampung suami.Takpelah.Janji kek dibuat dengan penuh ikhlas, dengan penuh kasih sayang, rasanya pasti sedapkan.Mesti ada penggemarnya tu.....




3 ulasan:

  1. Rajinnya Lea. Nak sikit, boleh?

    Selamat hari raya buat Lea dan suami, semoga berbahagia sentiasa. :)

    BalasPadam
  2. sedapnya lea..ye sangat rajinnn.. kalau takde org nak hantar kuantan eh?..hehe.. selamat hari raya lea..

    BalasPadam
  3. lapis cadbury ya mek pun fav..hehe. yummy!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.