MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 5 Julai 2012

Warna warni


Tak lama lagi puasa kan.Lepas tu kita menyambut raya pulak. Cerita pasal raya teringat lagu Jalil Hamid. 

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda


Orang itu kaya raya


Kalau tempat lalu kereta

Itulah jalanraya

Hentian bas ibu kota

Itu di Puduraya

Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya

Dipanggil lebuhraya

Bunga lambang negara

Namanya bunga raya

Tukang menyelenggara

Mengawas harta-benda

Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya

Makan kenduri di balairaya

Kalau kita malas nak puasa

Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya

Selamatlah beraya

Tapi ni bukan cerita lagu raya tu ye.Sekadar selingan. Kali ni nak cerita budaya apabila menyambut raya sekarang. Warna baju raya mesti nak sedondon sekeluarga.Warna temalah lebih senang. Tak terkecuali lea walaupun lea dan suami saja. Kadang-kadang lea boleh senyum sendiri apabila berjalan raya keluar dari satu kereta semuanya sama je.Tak buat macam mana kan? Budaya sekarang. Lea tahun ni tak tau lagi warna apa. Korang lak warna apa ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.