MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 12 Julai 2012

Orang yang bertunang..

Pelamin dan hantaran yang lea dok tunjuk sebelum ni adalah miliki orang  ni ha....Anis dan pasangan.Cantik kan kombinasi warna oren dan hitam. Sekarang semuanya dok main-main kombinasi warna kan.Mana yang cantik tu cantiklah.Mana yang tak menjadi tu nampak hambar je. Zaman lea dulu caca merba je tema warnanya. Nak tergelak bila ingat balik. Yelah ikut cakap orang tua je kan.Dalam hati tu nak macam-macam.Takpelah.Janji majlisnnya selamat dan pengantinnya hidup aman dan sejahtera hendaknya. 

Anis dan pasangan diikat selama setahun.Lepas tu bolehlah kahwinkan Anis. Diikat setahun sebab sepupu-sepupu Anis ni tengah beratur nak kahwin.Kena ikut turnlah si Anis ni. Majlis hari Sabtu tu berjalan dengan lancar, tenang dan sederhana meriah.Makanan kenduri hari tu sedap sedap semuanya. Kakak ipar n the gang yang masak. Nak tau menunya? OK...ada pisang masak  lemak, kari kambing, ikan masin tumis ngan bawang dan cili kering, ayam masak merah, ikan keli masak sambal dan ulam-ulaman.Berselera betul makan tengahhari tu....
comelkan orangnya...


Tuan punya blog tak mau kalah bergambar.Pucatnya muka dan diriku semakin membesar.

Selamat bertunang.Darah manis tu....

2 ulasan:

  1. Senarai hidangan yang disediakan sangat mengancam selera. :)

    BalasPadam
  2. WAH SGT2 MENGANCAM
    warna tema itam oren nie memang menjadi kan ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.