MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 19 Julai 2012

Menghitung hari...

Lea tengah menghitung hari ni.1 Ogos 2012 pada sebelah malam lea akan terbang balik ke Kuching Sarawak dan akan berpuasa di sana untuk seminggu.Sekarang tingga 13 hari saja lagi.Tak sabarnya.Rindu kat mak, kat ayah dan keluarga di Kuching.Last balik hari tu bulan 3. Dah lima bulan dah kan. Lagipun ayah tak berapa sihat.Risau juga rasa dihati.

Lain kan kalau berjauhan dengan keluarga.Bila call dengar suara mak rasa sedih sangat. Kalau Tanya dia masak apa , kalau yang dia masak makanan kegemaran lea adui…terasa-rasa keenakan makanan tu. Lain rasanya masakan mak.Yelah …air tangan mak punya nilainya yang tersendiri.

Bila berjauahan rasa kasih, sayang dan rindu tu semakin menebal.Bila dah bersama mereka terasa cepat benar masa berlalu.Nak menunggu saat berjumpa rasa lama sangat-sangat. Bila bersama mereka masa yang ada akan digunakan sebaiknya.Time nilah nak bawa mereka jalan-jalan. Pergi makan ke tempat yang mereka suka dan sentiasa gembirakan hati mereka.

RINDU SANGAT DEKAT MEREKA



Mereka yang dekat Kuching..Rindu....

2 ulasan:

  1. waa.. nak berpuasa ngan famili mesti seronok kan. dpt makan sedap2... selamat berpuasa!!!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.