MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 26 Julai 2012

Alhamdulillah......

Assalammualaikum semua. Kita dah berada di 6 Ramadhan hari ni.Sekejap je kan? Dah 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.Sebelum diumum dok berkira-kira jugak kakitangan awam.Ada ke tak bonus tahun ni? Semalam dah diumumkan.Setengah bulan dari gaji.Alhamdulillah.

Tahun ni kalau boleh nak bersederhana dari semua segi. Dari bulan Ramadhan ni sampailah ke hari raya nanti. Boleh ke nak disiplinkan diri sendiri?Takut bila duit di tangan , macam-macam nak dibeli. Tapi bila tengok dalam 2-3 minggu lepas ada kemajuan jugaklah.Pergi pasar ramadhan beli apa yang nak makan je. Pergi Jalan TAR ambil yang nak dibeli je. Tapi dalam hati nak tu jugak.Nak ni jugak. Sabar...Boleh tahan lagi ni. Jadi seronok pulak tengok duit ditangan tapi dah macam kedekut pulak.Entahlah. NI minggu depan nak balik Kuching.Adik dah kirim macam-macam.Hujung minggu ni nak cari barang lagi.Tapi rasanya ada jugak menyelit barang-barang diri sendiri jugak nanti. Kalau diikut semuanya nak dibeli.Semuanya teringin.Tapi nak tanam pada diri .Beli barang keperluan dulu.Kehendak tu ketepi dulu.Boleh ke? Tunggu jelah hujung minggu ni.....




1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.