MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 7 Jun 2012

TRANSIT ZUHRAH

Semalam kan? Lea dah tau pasal kejadian ni menerusi berita pada 1 Jun lepas.Tapi boleh terlupa pulak.Tengok dalam berita je semalam.

Planet Zuhrah melintasi hadapan matahari ketika pada jam 6.59 di Pantai Pulau Mabul di sini, Rabu. Fenomena transit Zuhrah yang akan berlaku pada bermula jam 6.10 pagi dan berakhir pada 12.40 tengahari di sini, Rabu. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari. Fenomena transit pernah berlaku pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125. -foto BERNAMA



Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari. 

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari menerusi penggunaan penuras matahari. 

Di Malaysia, ia akan mula kelihatan ketika matahari terbit pada jam 6:09 pagi, pada 6 Jun 2012, akan berakhir jam 12:50 tengah hari.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004 dan transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2117.

Planet Zuhrah adalah planet kedua dari matahari dalam sistem suria kita.

Zuhrah adalah planet paling panas dan dikenali sebagai bintang pagi atau bintang petang kerana ia boleh dilihat sangat terang tidak kira pada waktu subuh atau senja.

Zuhrah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain.

Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa transit zuhrah berlaku kerana matahari telah terbit sebelum transit bermula manakala penduduk di semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan transit Zuhrah apabila matahari terbit.

Sumber:TV3

3 ulasan:

  1. Kakcik hanya nampak bulan penuh je malam tadi.

    BalasPadam
  2. oooooo...x la kmk perasan marek..marek ribut...aiyoooo abis kenak tempias ujan...angin kuat...
    posa mek tinggal 7 hari gik..ktk dh abis ganti ka kak? slow2 kmk tok bekayoh nganti posa..hihi

    BalasPadam
  3. nampak mcm taik lalat je kat matahri tuh.
    kecik je..hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.