MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 1 Jun 2012

Teman sejati wanita


Semua wanita sukakan berlian kan? Lea adalah peminat berlian. Cincin masa bercinta, cincin bertunang dan cincin nikah semuanya ada berlian. Tula sampai sekarang jarang nak memakainya sebab sayang. Sebab apa tau? Sebab takut berliannya tercabut. Hahahaha. Selalu kena marah ngan suami ada barang kemas tak nak pakai. Bukan tak nak pakai ...sayang sebenarnya. 

Tetapi cincin berlian yang lea miliki tidaklah harganya seperti di dalam gambar.Harga cincin berlian yang lea ada adalah harga mampu milik bagi semua. Ingat lagi semasa lea beli cincin white gold semasa masih bujang dulu. Cantik cincinnya dengan satu biji berlian sebagai hiasan.Kalau nak diikutkan harganya memang lea tak mampu.Tapi semasa beli tu kaum cina nak menyambut Tahun Baru Cina.Petang tu kedai emas tu nak tutup awal sebab nak makan besar malam tu kan.Tapi lea dan mak berlari masuk ke dalam kedai tu.Tawar punya tawar lastnya aunty tu bagi harga tersangat murah dekat lea.Terkejut jugak lea Dia siap cakap bagi present kat you sempena Tahun Baru Cina.Senyum sampai ke telinga lea.Ucapan thank you pada aunty tu tak hilang di mulut lea. Cincin tu mak lea pakai sekarang sebab tangan lea tak muat..Hehehe

3 ulasan:

  1. diamond....pujaan kmk...dolok suka makei brg kemas..tok dh malas..k rantei jak...

    BalasPadam
  2. eh...kmk bok perasaan..blog ktk dh bertukar warna biru....

    BalasPadam
  3. takde lagi koleksi berlian ...emas je yg termampu setakat ni

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.