MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 1 Jun 2012

Sapa yang menang agaknya?

Sapa yang menang agaknya ye.Dapat 100000 ribu ringgit dan kereta Camry. Mengikut undian terkini Zizan yang mendahului.Tapi lea lebih suka Johan menang sebab dia yang lagi lawak rasanya.Tokey pun boleh tahan lawaknya. Kita tunggulah malam ni jam 10.30 malam. Boleh kita bergelak ketawa.

Super Spontan - 6 Finalis Berentap!

Segala persoalan sudah terjawab. 6 finalis sudah diumumkan. Super Spontan Akhir bakal digegarkan dengan 6 finalis yang merebut hadiah RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Rahim, Johan, Ropie, Zizan, Suhaimi dan Tauke telah diumumkan sebagai finalis Super Spontan dalam Separuh Akhir Super Spontan yang telah menyingkirkan Bell dan Nana.

2 penyingkiran ini telah dilakukan secara berasingan berdasarkan pasukan yang tewas minggu lepas iaitu Beruang Comel dan pasukan yang tewas minggu ini iaitu Angsa Ganas. Bell telah diumumkan tersingkir di awal rancangan manakala Nana diumumkan tersingkir selepas Angsa Ganas tewas minggu ini.

Dengan pengumuman 6 finalis ini, talian undian SMS secara individu bagi setiap finalis telah dibuka. Penonton boleh mengundi sepanjang minggu sehingga malam akhir. Cara undian adalah seperti berikut:
Taip SS Nama Peserta dan hantar ke 32888.
Undian pukal: SS3/5/10/20 Nama Peserta dan hantar ke 32888.

Nama undian setiap finalis adalah:
JOHAN, RAHIM, ROPIE, SUHAIMI, TAUKE, ZIZAN

Permainan Super Spontan kali ini adalah Sketsa Ayat Penyata, Sketsa Berabjad Terbalik, Ciptaan, Alih Suara dan Jamuan Teh Cik Kiah dan Cik Eton. Kebanyakan permainan kali ini pernah dimainkan kecuai Alih Suara. Sketsa Berabjad pula diberi nafas baru dengan dimainkan secara terbalik. Ternyata lebih sukar untuk dimainkan. 

Siaran Super Spontan Akhir minggu hadapan akan disiarkan pada jam 10.30 malam. Satu rancangan khas iaitu Ramalan Super Spontan akan disiarkan pada jam 10 malam sebagai "pemanas badan" sebelum bermulanya Super Spontan Akhir. 

Bagaimana aksi 6 finalis untuk minggu akhir nanti?? Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Super Spontan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry? Semuanya akan terjawab dalam Super Spontan Akhir, Jumaat, 10.30 malam di Astro Warna (132), Mustika HD (134) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV, Singapura. Dapatkan segala info terkini Super Spontan di laman sosial Facebook dan Twitter Super Spontan.

 KEDUDUKAN TERKINI

ZIZAN52%
JOHAN39%
TAUKE6%
SUHAIMI2%
RAHIM1%
ROPIE0%
 sumber: ASTRO

2 ulasan:

  1. Alamak... kakcik nak tumpang tegok kat mana ni? :(

    BalasPadam
  2. mek suka johan juak kak..nang ada jak idea sot nya..hihi
    zizan kureng kit...cam hangat2 aek panas jak...
    suhaimi pn bez
    tauke bez...
    ropie kdg2 blur..kdg2bez..
    ktk vote juak ka kak? hihi...
    mek xda astro warna...mudahan live kt tv 104..pat nangga

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.