MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 8 Jun 2012

Orang panggil korang apa?

Semua orang ada nama/panggilan  manja kan? Selebih elok dipanggil nama penuhnya tapi bila nama dah panjang adalah nama manja yang di sebut dan dipanggil panggil. Bagi suami isteri, pasangan tunang, pasangan kekasih memang lebih manja panggilan manjanya. Contoh lea sendirilah.Dok panggil suami abang dan kadang-kadang yang singkatan dari sayang.SAYANG yang pendek pun disingkatkan. Malas betul kan? Suami pulak memang dari bercinta sampailah berkahwin ayanglah dia dok panggil lea.

Sekarang pulak nama  lea dekat pejabat baru ialah C MON. Hahahaha.Tergelak sendiri lea. Tapi di dalam hati jelah. Cuma tersenyum jelah di depan ,mereka semua. MON ....mengingatkan lea pada keluarga dan sedara di Kuching yang memang memanggil lea KAK MON. Ada kelainan di situ rasanya.

LEA pulak keluarga belah suami memang manggil lea. Terasa ada kelembutannya disitu . LEA..Kadang-kadang orang mempunyai masalah untuk menyebutnya.Sama ada disebut dengan ejaan LIYA atau LI. Kalau orang yang perasan dirinya orang putih memang LEA akan disebutnya LI. Macam-macam kan.

Yang semestinya nama suamiku jugak yang senang disebut.Nama betulnya hanya SHAM dan orang pun panggil SHAM dan kadang-kadang ayob sebab biasalah dia dari perak. 

Tapi mulai hari ni lea nak bahasakan diri lea dekat blog dengan MON boleh tak? 

Korang pulak apa panggilan/nama manja korang?

Oklah mon minta diri dulu.

2 ulasan:

  1. nama panggilan manja mek biasa jak kak...hb mek nunggah 'yang'..kmk nunggahnya 'bang'..tp mun dua2 mood x bgs mek nunggahnya 'tong gas'..hahaha

    BalasPadam
  2. nm betul mime tp kwn2 pgl nm ben. haha jauh bezanya;p

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.