MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 21 Mei 2012

KetentuanNya lain-lain...........

Tadi semasa rehat waktu tengah hari lea berchat dengan seorang kawan yang telah lama lea jejaki. Bual punya bual dia pun bagi tahu yang dia bersendirian membesarkan 3 orang anak. Lea pun tanya kenapa? Dia bagi tahu yang dia telah berpisah dengan suaminya. Tanpa sedar air mata ini mengalir. Rupanya dah 2 tahun lebih dah perpisahan itu berlaku.

Sedih lea tau.Apa punya kawan kan lea ni. Langsung tak ambil tahu apa yang terjadi dekat kawan. Tapi silap dia juga sepi tanpa berita. Teringat 6 tahun lepas dia merayu-rayu untuk bertukar ke negeri asalnya sebab dia nak bersama keluarga. Ingat lagi lea dia turun naik JPA minta tukar.Tapi ini penghujungnya. Ingat lagi lea muka cerianya bila dia bagi tahu dia dah dapat tukar. Ingat lagi lea dia seronok sangat dapat tukar.

Tadi dia bagi tahu dia rasa sunyi sangat sekarang. Buat kawan lea tu, lea nak bagi tahu lea akan sentiasa bersama dia. Kalau dia rasa perlukan kawan untuk berbual lea sentiasa ada. Doa lea semoga dia cekal menghadapi cabaran hidup ini.Seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga anak yang tengah membesar.

Setiap insan di dunia ini lain lain dugaan dan cabaran dariNya. Ini masa dia, masa kita, kita tak tau lagi.....

air mata semakin mengalir laju...............

1 ulasan:

  1. Ketentuannya tiada siapa dapat menduga..bersyukur atas nikmat yg diberikn utk kita.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.