MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 2 April 2012

SUPER SPONTAN

 Sapa yang ada tengok SUPER SPONTAN jumaat lepas.Lea cuma tengok ulangannya pada sabtu lepas.  Lucu nengok telatah mereka terutamanya JOHAN dan ZIZAN. Kadang-kadang tergelak besar nengok telatah mereka. Tapi kadang-kadang macam budak kecik je rupanya.

Sedikit info mengenai rancangan ini


Selepas berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri lawak tanah air menerusi program Maharaja Lawak serta Maharaja Lawak Mega tidak lama dahulu, Astro Warna selaku satu-satunya saluran komedi di Malaysia dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi Pertandingan Komedi Improvisasi Berkumpulan Terhebat iaitu “SUPER SPONTAN” yang mana para peserta bakal membuat persembahan di atas pentas secara bersahaja dan spontan untuk merebut gelaran juara berdasarkan situasi yang diberikan.
Program ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Saluran 132 pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam bermula 30 Mac ini.
Antara barisan artis yang bakal terlibat dengan program ini termasuklah Johan, Zizan, Daphne Iking, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke, Rahim R2, Bell Ngasri, Cat Farish, Sathiya, Ropie Cecupak, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Adibah Noor, Reza Zainal Abidin serta ramai lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.